SEBANYAK 4,413 kes jangkitan baharu direkodkan semalam berbanding 5,330 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,697,213 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,394 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,613,676 kes.
Sebanyak lapan kes kematian dilaporkan semalam dan empat daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,003 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,651 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 47,534 kes dengan 45,928 kes atau 96.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 23 kes atau 0.0 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,531 kes atau 3.2 peratus pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 32 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN