Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Wabak cacar monyet mustahil cetuskan pandemik? Ikuti penjelasan pakar ini

    Wabak cacar monyet mustahil cetuskan pandemik? Ikuti penjelasan pakar ini

    By Zubaidah IbrahimAugust 5, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WABAK cacar monyet mustahil boleh mencetuskan pandemik kerana cara penyebaran cacar monyet tidaklah semudah Covid-19.

    DUNIA dilanda panik apabila penyakit cacar monyet atau monkeypox diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Dunia pada 23 Julai lalu. Pengumuman ini dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan situasi wabak tersebut yang telah menjangkiti lebih 16,000 orang daripada 75 buah negara. Lima kematian juga telah dilaporkan setakat ini.

    Cacar monyet telah ditemui pada tahun 1958 apabila berlakunya wabak penyakit yang menyerupai smallpox atau cacar dalam kalangan monyet yang dipelihara di makmal penyelidikan.

    Menurut Pakar Mikrobiologi Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr. Nurul Azmawati Mohamed, penyakit ini disebabkan oleh virus monkeypox yang berasal dari keluarga sama dengan virus variola yang menyebabkan smallpox atau cacar dalam kalangan manusia.  Penyakit ini tidak mempunyai kaitan dengan penyakit cacar air yang disebabkan oleh virus varicella.

    NURUL AZMAWATI

    “Kes pertama cacar monyet dalam kalangan manusia dilaporkan pada tahun 1970 di Republik Kongo. Sebelum tahun 2022, kes-kes itu hanya ditemui di negara-negara Afrika, tetapi kini jangkitan dilaporkan di negara-negara lain termasuk Eropah dan Amerika Syarikat.

    Cara cacar monyet merebak

    “Penting untuk kita tahu bagaimana penyakit ini boleh merebak. Antaranya ialah dengan cara sentuhan pada ruam atau cecair tubuh secara langsung ataupun tersentuh dengan tidak sengaja di tempat-tempat yang telah tercemar oleh cecair tubuh.

    “Cecair daripada salur pernafasan juga boleh tersebar apabila melakukan aktiviti harian atau hubungan intim termasuk berpelukan, bercium dan mengadakan hubungan seksual. Ibu mengandung juga boleh menyebarkan jangkitan virus kepada anak yang dikandung,” katanya.

    Tambahnya, seperti penyakit cacar yang lain, penyebaran kepada individu lain bermula apabila gejala penyakit timbul dan berakhir setelah semua ruam sembuh. Secara teorinya, mereka yang tidak bergejala tidak menyebarkan virus kepada orang lain.

    Gejala cacar monyet ini hampir sama dengan penyakit cacar namun, mempunyai tahap keseriusan yang kurang. Jarang sekali penyakit ini menyebabkan kematian. Antara gejala yang dilaporkan termasuk demam, sakit kepala, sakit badan, bengkak kelenjar, keletihan dan ruam berbiji pada muka, tangan, kaki, dada serta kemaluan.

    Sesetengah pesakit hanya mengalami ruam sahaja. Ada juga yang mengalami ruam pada peringkat awal jangkitan, diikuti dengan gejala-gejala lain seperti demam.

    Kebanyakan jangkitan pulih secara semula jadi tanpa memerlukan rawatan. Sekiranya gelaja dalam kalangan pesakit adalah serius, rawatan menggunakan ubat anti virus Cidofovir adalah antara rawatan yang dilaporkan berkesan terhadap penyakit ini.

    Pencegahan jangkitan

    Pencegahan penyakit cacar monyet adalah dengan cara elakkan menyentuh, berpeluk, bercium, mengadakan hubungan seks dan berkongsi peralatan makan serta pakaian dengan seseorang yang mempunyai ruam berbiji seperti cacar monyet.

    Kerap cuci tangan dengan air serta sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman. Jika anda dijangkiti, kuarantin di rumah dan lakukan pengasingan daripada ahli keluarga serta isi rumah yang lain.

    Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr. Mohd. Dzulkhairi Mohd. Rani berkata,  walaupun kebarangkalian cacar monyet boleh mencetuskan pandemik, tetapi ia agak mustahil untuk berlaku.

    MOHD. DZULKHAIRI

    “Pertama, cara penyebaran cacar monyet tidaklah semudah Covid-19 yang tersebar melalui udara. Penyebaran virus cacar monyet memerlukan seseorang berada dekat dan berinteraksi atau berhubungan secara rapat dengan pesakit.

    “Virus lebih mudah merebak dalam keadaan yang dipanggil dense network atau jaringan tepu yang mana terjadinya kontak yang sangat kerap dan rapat.

    “Kedua, kebanyakan pesakit menunjukkan gejala, justeru mudah untuk mengenal pasti serta mengasingkan pesakit-pesakit untuk tujuan memutuskan rantaian penyakit. Pengasingan hendaklah dilakukan sehingga ruam pada tubuh pesakit sembuh,” jelasnya.

    Ketiga, vaksin juga membantu mencegah jangkitan atau mengurangkan jangkitan serius. Individu berumur lebih 40 tahun telah mendapatkan vaksin cacar semasa bayi. (Vaksin samallpox diberhentikan pada tahun 1980).

    Parut kesan pemberian vaksin boleh dilihat di bahu sebelah kanan. Kebiasaanya, pada bahu sebelah kiri adalah parut kesan pemberian vaksin Bacillus Calmette Gurrain (BCG).

    Ujar beliau lagi, kajian yang dijalankan pada tahun 2008 dalam kalangan 246 orang yang telah mendapat vaksin cacar di antara 13 hingga 88 tahun sebelumnya menunjukkan bahawa kadar antibodi (antivaccinia IgG) adalah masih tinggi.

    Data dari Afrika menunjukkan bahawa vaksin cacar boleh memberi perlindungan sehingga 85 peratus terhadap jangkitan cacar monyet. Ini adalah kerana vaksin tersebut turut menggunakan virus vaccinia iaitu sejenis virus dari keluarga yang sama dengan smallpox dan monkeypox. 

    Justeru, kebanyakan individu yang telah menerima vaksin cacar semasa bayi bukan sahaja mempunyai imuniti terhadap cacar, tetapi juga terhadap cacar monyet.

    “Tambahan pula, vaksin cacar monyet telah dihasilkan dan diluluskan penggunaannya pada 2019. Namun begitu, vaksin ini sukar didapati kerana jumlahnya yang terhad di pasaran. Justeru jika terdapat keperluan, golongan berisiko tinggi dan yang tidak pernah menerima vaksin smallpox perlu diberi keutamaan.

    “Berdasarkan kebarangkalian untuk merebak adalah lebih sukar, kesan yang teruk termasuk menyebabkan kematian adalah rendah dan imuniti mereka yang berumur 40 tahun ke atas diyakini,” terangnya.

    Oleh itu, pada ketika ini penyakit tersebut tidak akan menjadi satu fenomena pandemik seperti Covid-19 dan menyebabkan kita terpaksa menghentikan banyak aktiviti ekonomi serta sosial.

    Namun, perkembangan semasa penyakit cacar monyet ini perlu dipantau dan diberikan perhatian supaya langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan dengan berkesan.-RELEVAN

    Previous Article8 kes kematian dilaporkan semalam, 4 BID
    Next Article Jenis, kitaran hidup dan cara membasmi, ini 10 fakta tentang kutu

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.