SEMALAM mencatatkan sebanyak 4,503 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 4,759 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,664,213 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,847 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,581,365 kes.
Sebanyak 10 kes kematian dilaporkan semalam dan empat daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,942 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,635 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 46,906 kes dengan 45,318 kes atau 96.6 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 24 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,505 kes atau 3.2 peratus pesakit dirawat di hospital, 29 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 30 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN