Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sarapan pagi hanya mitos? Ikuti penjelasan pakar

    Sarapan pagi hanya mitos? Ikuti penjelasan pakar

    By Zubaidah IbrahimJuly 28, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MASA terbaik untuk kita makan ialah ketika rasa lapar dan bukannya mengikut waktu tertentu.-Foto oleh Freepik

    SEJAK dari kecil masyarakat kita telah dididik untuk mengambil sarapan yang merupakan rutin wajib setiap pagi bagi membekalkan tenaga sebelum melaksanakan pelbagai tugasan.

    Selain itu, kita juga dimomokkan dengan dakwaan yang mengatakan badan akan rosak jika tidak makan sehingga perkara tersebut menerbitkan rasa gerun bagi mereka yang mahu berpuasa dan berdiet.

    Menjawab kepada persoalan itu, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad berkata, berpuasa tidak berbahaya atau merosakkan tubuh kerana kita bukan berada dalam keadaan kebulur.

    “Cuba bezakan antara berpuasa dan kebuluran. Kebuluran bermakna kita tidak makan berhari-hari atau berminggu-minggu. Puasa pula ada waktu makan dan ada waktu tidak makan.

    “Oleh itu, kebuluran mungkin merosakkan kesihatan manakala berpuasa menyihatkan tubuh kita,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Tambah beliau, orang berpuasa dari zaman berzaman dan amalan itu turut dilakukan oleh pelbagai agama mengikut cara masing-masing.

    Kita sebagai orang Islam berpuasa selama 14 jam di Malaysia manakala di negara sejuk ada yang berpuasa selama 20 jam, tetapi tidak ada pula yang meninggal dunia disebabkan berpuasa.

    Berbalik kepada sarapan pagi pula, beliau berkata, sebenarnya yang wajib itu ialah kita makan apabila lapar. Sarapan bermakna kita makan setelah lama berpuasa (tidak lapar).

    “Orang zaman dulu mereka makan awal sebab tiada lampu elektrik dan makan selepas bangun tidur (apabila matahari terbit) setelah tidak makan dalam tempoh yang lama. Jadi, memang patut mereka bersarapan pada waktu pagi.

    “Sarapan tiada kaitan dengan waktu pagi atau petang, tetapi lebih tepat ialah kita makan setelah satu tempoh yang lama tidak makan (berpuasa).

    “Jadi, siapa kata sarapan perlu dilakukan pada waktu pagi sahaja? Malah, kita boleh bersarapan pada waktu tengahari atau petang,” jelasnya.

    Zubaidi berkata, konsep tersebut perlu diperbetul. Kita hanya makan apabila lapar dan bukannya makan sebab sekarang waktu pagi atau sudah waktu makan tengahari atau sudah waktu makan malam.

    Bersarapan apabila lapar setelah tidak makan dalam tempoh yang lama. Oleh itu, tidak wajib makan jika kita masih kenyang pada waktu pagi.

    Apabila tidak makan, tenaga akan datang dari lemak yang tersimpan. Jika kita berterusan makan, bila masa pula tubuh hendak bakar lemak? Memang perkara itu tidak akan berlaku dan kita terus berhadapan risiko gemuk serta obesiti.- RELEVAN

    diet featured lapar makan sarapan pagi sihat
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.