JANGKITAN Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,902 kes semalam berbanding 3,080 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,629,963 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 2,935 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,550,949 kes.
Sebanyak lapan kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,870 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,609 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 43,144 kes dengan 41,488 kes atau 96.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 33 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,568 kes atau 3.6 peratus pesakit dirawat di hospital, 16 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 39 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN