Facebook Twitter
    Trending
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026
    • Kewangan

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026
    • Pendidikan

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang dimaksudkan dengan stagflasi dan perlukah rakyat Malaysia bimbang?

    Apa yang dimaksudkan dengan stagflasi dan perlukah rakyat Malaysia bimbang?

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 5, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BEBERAPA bulan ini, berita tentang ancaman stagflasi berkumandang kuat di seluruh dunia, terutamanya Amerika Syarikat (AS), negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK). Peningkatan inflasi dan kenaikan kadar faedah membimbangkan warga negara-negara itu selepas lebih dua tahun menghadapi krisis akibat pandemik Covid-19.

    Mei lalu, kadar inflasi tahunan AS meningkat kepada 8.6 peratus, tertinggi sejak Disember 1981. Namun, kadar pengangguran negara itu berada dalam keadaan baik – kekal pada 3.6 peratus sejak Mac hingga Mei dan ia merupakan kadar terbaik sejak Februari 2020.

    Yang turut berlaku ketika ini ialah kenaikan kadar faedah di AS, EU dan UK. Kenaikan kadar faedah ialah amalan biasa apabila sesebuah ekonomi berhadapan inflasi. Ia bertujuan mengurangkan pinjaman dan seterusnya mengurangkan permintaan, menyebabkan harga barang tidak naik dengan mendadak. Rizab Persekutuan AS, Bank of England dan Bank Pusat Eropah kini sedang bersedia untuk menaikkan kadar faedah dengan lebih cepat. 

    Situasi ini mungkin membantu mengurangkan inflasi namun risiko stagflasi tetap wujud disebabkan beberapa konflik ekonomi yang berlaku serentak. Selain peningkatan permintaan dan kekurangan bekalan disebabkan pemulihan ekonomi selepas pandemik Covid-19, peperangan di Rusia dan Ukraine juga menjadi faktor inflasi yang signifikan. Kemungkinan sekatan oleh negara-negara Barat terhadap Rusia berpotensi meningkatkan harga makanan, gas asli dan aluminium.

    Apa itu stagflasi?

    Kita fahamkan dahulu maksud stagflasi. Stagflasi merupakan gabungan perkataan stagnant (bertakung) dan inflasi. Perkataan ini pertama kali disebut oleh ahli politik Britain, Iain Macleod pada 1965 bagi menggambarkan keadaan inflasi (kenaikan harga barang) berlaku serentak dengan kelembapan ekonomi. Ketika stagflasi, ekonomi hampir tidak bergerak manakala pengangguran dan inflasi meningkat.

    Ia kejadian yang jarang berlaku kerana kebiasaannya, pengangguran akan berkurang ketika inflasi, atau inflasi akan menurun apabila pengangguran meningkat. Menurut Business Insider, pada awalnya, kebanyakan ahli ekonomi melihat stagflasi mustahil boleh berlaku. Namun, krisis ekonomi pada 1970-an membuktikan ia boleh berlaku.

    Pada dekad itu, berlaku krisis minyak di AS disebabkan sekatan oleh negara-negara Arab ketika Perang Yom Kippur. Selama lima suku tahun berturut-turut, AS mencatatkan  pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang negatif. Inflasi meningkat dua kali ganda pada 1973 dan terus meningkat sehingga dua digit peratusan pada 1974. Pengangguran pula memuncak pada 9 peratus pada Mei 1975.

    Mengukur kesengsaraan

    Stagflasi pada dekad itu mewujudkan Indeks Sengsara. Indeks ini dibangunkan oleh ahli ekonomi, Arthur Okun menggunakan perkiraan kadar inflasi tahunan tambah kadar pengangguran tahunan. Ia memberi gambaran kepada kesengsaraan rakyat dalam krisis ekonomi.

    Di AS, kadar pengangguran yang ideal – disebut sebagai kadar guna tenaga penuh – adalah pada empat hingga lima peratus manakala kadar inflasi yang normal adalah pada kira-kira dua peratus. Ini menjadikan Indeks Sengsara yang baik untuk negara tersebut adalah pada enam hingga tujuh peratus.

    Pada 1975, Indeks Sengsara di AS adalah sebanyak 19.9 peratus. Lima tahun kemudian, ia mencapai kemuncak pada 22 peratus. Untuk konteks, inflasi tahunan Malaysia pada April adalah sebanyak 2.3 peratus manakala kadar pengangguran pada 3.9 peratus. Ini menjadikan Indeks Sengsara rakyat Malaysia pada bulan itu sebanyak 6.2 peratus.

    Stagflasi AS pada 1970-an perlahan-lahan tamat pada awal 1980-an, apabila Pengerusi Rizab Persekutuan, Paul Volcker mengambil langkah mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi dengan meningkatkan kadar faedah sehingga 19 peratus.

    Tamatnya stagflasi juga memakan korban. Pada 1982, kadar pengangguran AS meningkat sehingga 10.8 peratus, tertinggi sejak 1940. Menurut Biro Statistik Buruh AS, seramai 12 juta pekerja menganggur pada Disember tahun itu. Namun, ia berhasil mengurangkan inflasi apabila kadarnya menurun mendadak kepada 3.8 peratus, berbanding 8.9 peratus pada tahun sebelumnya. Ia juga kadar terendah di AS sejak 1972.

    Baru-baru ini, bekas Setiausaha Perbendaharaan AS, Larry Summers mencadangkan supaya kadar pengangguran di AS meningkat untuk menangani inflasi. Cadang beliau, kadar pengangguran perlu tinggi dalam beberapa tempoh, contohnya 10 peratus dalam satu tahun, atau 7.5 peratus dalam dua tahun untuk menekan harga barang turun. Ia bersamaan dengan menjerumuskan lebih 16 juta rakyat AS ke lembah pengangguran.

    Dalam ekonomi, kaedah ini dikenali sebagai Nisbah Korban (Sacrifice Ratio) yang mengira  kadar pengangguran yang diperlukan untuk mengurangkan inflasi.

    Adakah kita patut bimbang?

    Walaupun ancaman stagflasi wujud di negara-negara besar, ia tidak bermakna fenomenanya akan berlanjutan sehingga ke Malaysia. Ini kerana situasi ekonomi negara-negara dalam dunia adalah berbeza dan polisi ekonomi serta monetari setiap negara juga berbeza.

    Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid, ancaman stagflasi di Malaysia tidak membimbangkan.

    “Stagflasi adalah apabila inflasi dan pengangguran, kedua-duanya naik dengan serentak.

    “Di Malaysia, pengangguran adalah amat rendah, boleh dikatakan guna tenaga penuh. Tiada tanda-tanda pengangguran kita akan terganggu gugat,” katanya kepada Relevan.

    Walau bagaimanapun, jelas Baharom, rakyat negara ini tetap akan berhadapan dengan inflasi memandangkan pemulihan selepas episod pandemik merancakkan kegiatan ekonomi, menyebabkan perbelanjaan meningkat.

    Kata beliau, perbelanjaan yang meningkat membawa kesan jangka pendek iaitu kenaikan harga barang.

    “Ini dipanggil inflasi tarikan permintaan (demand pull inflation). Ia diburukkan oleh kenaikan harga minyak petrol dan diesel serta minyak masak, menambahkan apa yang disebut sebagai inflasi tolakan kos (cost push inflation).

    “Namun, langkah berani kerajaan meneruskan subsidi sedikit sebanyak mengawal dan memitigasikan inflasi di negara kita,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleDurasi tidur nyenyak sangat penting, ini kata pakar mengenai kelebihan tidur
    Next Article 1,918 kes baharu Covid-19 semalam, lapan kematian

    Artikel berkaitan

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026
    Artikel Terkini

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.