KES jangkitan harian Covid-19 merekodkan sebanyak 1,894 kes semalam berbanding 2,003 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,558,558 kes.
Sebanyak 1,944 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,494,711 kes.
Semalam turut mencatatkan lapan kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,754 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,584 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 28,093 dengan 26,894 atau 95.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 15 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,150 kes atau 4.1 peratus pesakit dirawat di hospital, 14 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 20 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN