Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ingin membeli rumah pertama? Berikut tip dan panduan untuk anda

    Ingin membeli rumah pertama? Berikut tip dan panduan untuk anda

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 27, 2022Updated:June 27, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    URUSAN pembelian rumah bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi pembelian rumah pertama.  Pelbagai langkah, persiapan, penelitian, tugas dan keperluan perlu dilakukan.  Pembeli rumah juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan agar tidak melakukan kesilapan yang akan merugikan.

    Rata-rata pembeli rumah pertama pasti sedang buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum membeli rumah idaman.

    Melalui perkongsian bersama seorang Perunding Hartanah, Mohammad Naqiuddin Ahmad Kamal Arifin, Relevan kongsikan beberapa persoalan dan jawapan yang boleh menjadi rujukan kepada bakal pembeli rumah pertama.

    1. Berapa banyak wang simpanan perlu saya sediakan untuk membeli rumah pertama?

    Langkah pertama perlu dilakukan sebelum membeli rumah pertama ialah fahamkan kos-kos yang terlibat di dalam pembelian hartanah. Mohammad Naqiuddin berkata, tiada had umur atau kadar minimum simpanan bagi individu yang ingin membeli rumah. 

    Rumah ini juga komitmen. Jadi, mula mengatur langkah untuk membeli rumah pertama apabila sudah bersedia dari segi kewangan, mental dan fizikal.

    Di bawah, Relevan senaraikan beberapa kos kewangan yang perlu diambil kira dalam pembelian hartanah.

    • Bayaran muka

    Kebanyakan bank menetapkan sekurang-kurangnya 10 peratus bayaran muka untuk para pembeli rumah pertama.  

    Bayaran muka merujuk kepada sejumlah wang yang dibayar oleh pembeli pada peringkat awal pembelian barangan atau perkhidmatan. 

    Kebiasaannya dalam pembelian rumah dan kereta memerlukan bayaran muka.  Bayaran muka mewakili sebahagian daripada jumlah harga belian, dan pembeli selalunya akan membuat pinjaman untuk membiayai bakinya.

    • Perjanjian Jual Beli (SPA)

    Lazimnya peguam akan dilantik untuk menguruskan bayaran SPA.  Jadi, pembayaran upah kepada peguam perlu disediakan iaitu sekurang-kurangnya satu peratus daripada harga rumah bersama 0.06 peratus cukai.  

    Sebagai contoh, rumah impian dijual pada harga RM500,000. Maka, bayaran SPA yang perlu disediakan ialah sebanyak RM5,000.  

    Perjanjian Jual Beli (SPA) ialah perjanjian yang mengikat secara sah antara penjual dan pembeli yang menggariskan butiran transaksi seperti terma dan syarat, harga hartanah dan semua butiran penting lain.

    SPA ialah persetujuan bersama antara kedua-dua pihak, justeru ia tidak boleh dirundingkan atau dipinda dan membatalkan perjanjian akan mengakibatkan penalti sebanyak 10 peratus daripada harga pembelian. 

    • SPA duti setem

    Jika rumah impian berharga RM500,000 dan ke bawah, kebiasaannya tiada bayaran muka untuk rumah pertama dikenakan.  

    Sebagai contoh, bagi pembelian hartanah bernilai RM500,000, terdapat dua peringkat pembayaran duti setem, iaitu pertama, satu peratus daripada RM100,000 dan dua peratus daripada RM400,000.

    1 peratus daripada RM100,000 = RM1,000

    2 peratus daripada RM400,000 = RM8,000

    Jumlah bayaran duti setem yang dikenakan: RM9,000

    (https://www.propertyguru.com.my/property-guides/sale-purchase-agreement-stamp-duty-legal-fees-malaysian-property-14089) 

    • Yuran Pinjaman

    Yuran pinjaman merujuk kepada perjanjian untuk pinjaman urus dan perlu melakukan pembayaran upah kepada peguam untuk pengurusan.  Pembayaran yang perlu dikenakan ialah sebanyak satu peratus daripada harga rumah bersama 0.06 peratus cukai. 

    2. Bagaimana mahu menentukan rumah yang bersesuaian dengan gaji?

    Mohammad Naqiuddin berpandangan, pembeli rumah pertama perlu merancang dahulu jumlah yang mampu untuk dibayar.  Kemudian, cari lokasi yang sesuai. Beberapa faktor perlu dipertimbangkan untuk memilih lokasi yang sesuai seperti jarak dengan tempat kerja.  Akhir sekali baru mula mencari rumah yang bersesuaian dengan kemampuan dan keinginan. 

    Terdapat pelbagai formula yang dikongsikan oleh perunding hartanah yang lain.  Formula yang menjadi rujukan orang ramai ialah pembayaran rumah perlu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada gaji isi rumah.

    Sebagai contoh, gaji suami sebanyak RM3,000 manakala isteri mempunyai gaji sebanyak RM2,5000.  Ini menunjukkan bahawa gaji isi rumah sebanyak RM5,500.  Justeru, 30 peratus daripada RM5,500 adalah komitmen maksimum untuk pembelian rumah.

    Selepas sudah mengira kemampuan, anda sudah boleh mula memilih lokasi sama ada negeri atau daerah yang sesuai.  Kemudian, boleh mulakan proses pencarian rumah.  

    “Nasihat saya ialah gunakan website seperti https://www.land.plus/ atau https://www.crib.my/ yang memberikan paparan menyeluruh rumah-rumah yang ada disekitar lokasi dipilih.  

    “Setelah sudah menjumpai nama taman atau projek perumahan yang menepati cita rasa, boleh mulakan cari kunci kata taman atau projek di dalam portal-portal hartanah,” katanya kepada Relevan.

    Anda juga boleh mendapatkan khidmat perunding hartanah yang mempunyai kepakaran di lokasi tersebut.  Selain itu, gunakan khidmat jurubank gadai janji (mortgage banker) untuk membandingkan kadar faedah dan pinjaman daripada bank-bank yang berlainan.

    Apabila anda sudah membuat pilihan rumah terbaik mengikut kemampuan dan keinginan, sediakan dokumen-dokumen penting seperti Penyata Kewangan, Surat Tawaran (LOA), Perjanjian Jual Dan Beli (SNP Rumah).  

    Selain itu anda juga perlu menyediakan Surat Cara Pemindahan (MOT), Surat Tawaran Bank (LO), Perjanjian Fasiliti (FA) dan Surat Ikatan Penyerahan Hak (DOA). 

    Untuk pertanyaan dan pembacaan lebih lanjut berkaitan hartanah, hubungi Perunding Hartanah, Mohammad Naqiuddin Ahmad Kamal menerusi https://twitter.com/hartanahmarhaen atau https://hartanahmarhaen.wordpress.com/.  – RELEVAN

    featured hartanah rumah pertama
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.