Facebook Twitter
    Trending
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rancangan Buku Hijau terus relevan, tidak mustahil untuk bertani di bandar

    Rancangan Buku Hijau terus relevan, tidak mustahil untuk bertani di bandar

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 22, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    RANCANGAN Buku Hijau yang diperkenalkan kerajaan 48 tahun lalu masih relevan untuk diamalkan sekarang, lebih-lebih lagi apabila dunia sedang menghadapi risiko krisis makanan akibat kemerosotan ekonomi serta peperangan.

    Rancangan tersebut menggalakkan aktiviti tanaman jangka pendek, perkebunan berkelompok, penternakan dan pemeliharaan ikan air tawar yang dapat memberikan hasil dalam jangka pendek kepada orang ramai. Selain itu, ia turut menjadi senjata untuk menghadapi inflasi dengan meningkatkan pendapatan rakyat melalui perniagaan produk tani serta mengurangkan kebergantungan rakyat kepada produk tani import.

    Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kadeer, pengenalan Rancangan Buku Hijau suatu masa dahulu berkesan mengurangkan kadar inflasi menerusi penglibatan rakyat dalam pertanian secara sambilan atau sepenuh masa.

    Penglibatan rakyat itu termasuk dalam melaksanakan pertanian belakang rumah (backyard farming) yang membolehkan rakyat menanam makanan ringkas seperti sayur-sayuran di rumah untuk kegunaan sendiri.

    “Berkebun di rumah sudah lama diamalkan. Malah, sekitar dua atau tiga dekad lalu, hampir setiap rumah menanam sayur sendiri. Sayuran segar lagi berkhasiat ini dimasak dan dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

    “Namun, amalan ini semakin ditinggalkan dan menanam sayur-sayuran kini kian menjadi asing kepada generasi muda. Pada zaman yang serba-serbi pantas ini, ramai yang beranggapan lebih mudah membeli sayur dan buah di pasar atau pasar raya.

    “Sehubungan itu, konsep pertanian di belakang rumah diperkenalkan dengan cara menanam cili dalam pasu, tanaman dalam paip, menanam pokok buah-buahan di halaman rumah dan penternakan secara domestik,” kata Mohideen ketika dihubungi Relevan.

    Tidak mustahil

    Cadangan beberapa pemimpin politik untuk rakyat cuba menghasilkan makanan sendiri secara kecil-kecilan dibantah ramai. Sebahagiannya kerana melihat pertanian bandar sebagai mustahil, terutamanya dalam perumahan berstrata. Ada juga yang melihat cadangan itu tidak bertanggungjawab apabila kerajaan ternyata gagal mengawal kenaikan harga barang makanan.

    Bagi Mohideen, tidak mustahil untuk mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan, walaupun di kawasan bandar.

    “Usaha untuk menanam sayuran boleh dilakukan dengan menggunakan pasu dan paip manakala ruang tanah yang lapang di sesuatu kawasan perumahan bandar ini boleh diusahakan dengan pertanian bandar (urban farming). Ini telah terbukti di beberapa kawasan perumahan yang mengusahakan pertanian bandar.

    “Penghuni flat atau apartment juga boleh menanam sayur sendiri asalkan mereka mempunyai maklumat asas mengenai cara menanam dan menjaganya. Sayur boleh ditanam di dalam pasu serta bekas kitar semula seperti botol air, tin biskut dan kain guni,” jelasnya.

    CAP juga ada mengeluarkan buku panduan Tanaman Berkhasiat Di Rumah yang bertujuan memberikan maklumat asas mengenai kaedah penanaman tradisional bagi mereka yang berhasrat menanam sendiri sayuran di rumah. Buku tersebut boleh dibeli dengan harga yang sangat murah di sini.

    Manfaatkan tanah

    Walaupun kekurangan ruang, setiap daripada kita boleh mengusahakan tanaman yang ringkas di rumah sebagai inisiatif untuk mengurangkan kos membeli bahan makanan. Tanaman ringkas ini termasuk sayur-sayuran yang penting dalam diet harian, seperti bayam, terung dan kailan.

    “Masyarakat bandar dapat menjalankan pertanian bandar dengan memanfaatkan sepenuhnya kawasan perumahan yang mempunyai tanah. Mereka yang tinggal di perumahan berstrata pula boleh menanam sayuran menggunakan pasu, paip, bekas kitar semula dan kaedah hidroponik.

    “Ini juga selaras dengan konsep pertanian dapur (kitchen farming) iaitu menanam sayuran dan lain-lain tanaman seperti cili, tomato, pokok kari, daun bawang, terung, bayam dan kailan.

    “Semua sayuran dan tanaman ini sering digunakan setiap hari dalam masakan untuk keluarga dan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan belanja serta mendapatkan makanan yang berkhasiat,” terang Mohideen. – RELEVAN

    Previous Article1,921 kes baharu Covid-19, peningkatan mendadak bagi kes import
    Next Article Kenali Sasterawan Negara ke-15, Abdul Rahman Shaari

    Artikel berkaitan

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Artikel Terkini

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.