JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,518 kes berbanding 1,128 kes semalam.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,518,965 kes.
Sebanyak 1,125 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,461,671 kes.
Semalam turut mencatatkan enam kematian dan tiga daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,705 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,570 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 21,589 dengan 20,599 atau 95.4 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 23 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 941 atau 4.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 12 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 14 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN