KES jangkitan harian Covid-19 merekodkan sebanyak 1,844 kes semalam berbanding 1,877 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, catatan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,512,040 kes.
Sebanyak 2,005 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,453,313 kes.
Semalam turut mencatatkan satu kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID) dilaporkan.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,681 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,559 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,046 dengan 22,033 atau 95.6 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 25 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 961 atau 4.2 peratus pesakit dirawat di hospital, 10 atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 17 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN