Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta : Kelahiran dan kematian sesebuah bintang

    Fakta Semesta : Kelahiran dan kematian sesebuah bintang

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 3, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEJADIAN alam seperti kelahiran manusia dan pertukaran siang ke malam menunjukkan kebesaran kuasa tuhan.  Seperti terciptanya manusia daripada sekecil-kecil sel dan membesar sehingga tiba ke satu fasa akhir kehidupan, bintang juga melalui proses yang sama dan mempunyai jangka hayat tertentu.

    Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), bintang ialah objek astronomi yang dikenali secara meluas dengan penampakannya di langit malam. Bintang mewakili blok binaan paling asas bagi galaksi. Jangka hayat, taburan dan komposisi bintang di dalam galaksi menjadi saksi sejarah kepada evolusi sesebuah galaksi.

    Selain itu, bintang juga bertanggungjawab terhadap pembentukan dan pengedaran unsur-unsur seperti karbon, nitrogen, dan oksigen. Kajian tentang kelahiran, kehidupan, dan kematian bintang menjadi pusat kepada bidang astronomi.

    Ketika anda mendongak melihat langit malam sambil mengagumi keindahan bintang, pernahkah anda terfikir bagaimana terciptanya bintang-bintang?

    Segalanya bermula dengan awan yang mempunyai tahap kesejukan yang tidak dapat dibayangkan. Awan ini mengandungi benih-benih kelahiran bintang dan planet.  

    Molekul hidrogen dan gas helium yang biasanya bergerak pada kelajuan tinggi menjadi perlahan dan bergumpal kerana graviti. Butiran kecil silikat, iron dan bahan yang mempunyai kandungan karbon yang tinggi, dikumpul bersama dan diklasifikasikan sebagai “habuk”.

    Graviti akan menarik habuk dan gas bersama-sama dan membentuk protostar iaitu fasa awal kejadian sebuah bintang.  Apabila gas-gas berkumpul, suhu akan terus meningkat dan menjadi panas. Bintang mula terbentuk apabila ia sudah mencapai sesuatu suhu panas tertentu untuk memulakan tindak balas nuklear. Proses ini akan membebaskan tenaga dan memastikan bintang sentiasa panas.

    Bintang muda dipanggil protostar sehingga ia dapat menggerakkan dirinya sendiri dengan tindak balas gabungan hidrogen dan suhu tinggi memainkan peranan penting untuk peralihan itu. 

    Untuk menjadi bintang yang matang dan cukup sifat, ia mesti mampu menggabungkan atom hidrogen membentuk helium dan membebaskan tenaga dalam jumlah yang besar. Keseluruhan proses ini boleh mengambil masa kira-kira 40 juta tahun.

    Tidak semua bahan ini berakhir menjadi sebuah bintang-bintang.  Debu-debu yang terhasil boleh menjadi permulaan kepada pembentukan sesebuah planet, asteroid atau komet atau mungkin kekal menjadi debu yang berlegar di angkasa lepas.

    Umumnya, bintang mempunyai pelbagai jenis dan saiz.  Bagaimanakah kita mahu mengenal pasti jenis bintang yang akan terbentuk?  Jawapannya, itu bergantung kepada bahan-bahan yang ada di dalam gumpalan habuk dan gas itu.

    Tidak seperti manusia, kelahiran sesebuah bintang memakan masa berbillion tahun lamanya.  Jangka hayat bintang juga berbeza mengikut saiz.  Semakin besar saiz bintang semakin pendek jangka hayatnya walaupun rata-rata semua bintang hidup selama berbilion tahun. 

    Apabila bintang telah mencantumkan semua hidrogen dalam terasnya, tindak balas nuklear terhenti. Tanpa pengeluaran tenaga yang diperlukan untuk menyokongnya, teras bintang akan mula runtuh ke atas dirinya sendiri dan menjadi lebih panas. 

    Bintang yang selalu kita lihat di langit merupakan cahaya bintang daripada berjuta tahun yang lalu, kerana bintang sangat jauh, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk cahayanya sampai kepada kita.  Ada kemungkinan bahawa beberapa bintang yang kelihatan sebenarnya tidak wujud lagi.

    Apabila bintang sudah tidak mampu untuk terus membebaskan tenaga, ia akan mula runtuh. Untuk bintang yang lebih kecil iaitu mempunyai kira-kira tiga kali jisim matahari, teras baharu akan menjadi bintang neutron atau kerdil putih. Tetapi apabila bintang yang lebih besar runtuh, ia terus mampat dan menjadi lohong hitam (https://relevan.com.my/2022/05/27/fakta-semesta-adakah-black-hole-mampu-memusnahkan-bumi/). 

    Hamparan bintang di langit malam merupakan salah satu kejadian alam yang indah dan menakjubkan. Walaupun kelihatan kerdil di mata manusia, namun cahaya bintang mampu menjadi penyuluh kepada makhluk bumi. – RELEVAN

    bintang featured sains semesta
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.