Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana mahu sokong produk tempatan jika produk import lebih murah?

    Bagaimana mahu sokong produk tempatan jika produk import lebih murah?

    By May 24, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    “CILI tempatan RM17/kg. Mai cili import RM10. Siapa nak beli cili tempatan?,” tulis seseorang di Twitter hari ini.

    Ini memang dilema yang sudah lama berlarutan. Dalam kalangan pengguna, ramai yang faham kepentingan menyokong produk tempatan. Namun, sukar untuk mengutamakan produk tempatan apabila dari segi harga, jelas membeli produk import lebih menguntungkan.

    Agak rumit untuk menghurai punca tingginya harga produk tempatan kerana ia melibatkan banyak faktor yang berkaitan antara satu sama lain. Bagi Pengarah Third World Network (TWN), Chee Yoke Ling, kesukaran menyokong produk tempatan disebabkan faktor harga boleh difahami.

    Pengeluaran produk import yang dihasilkan secara besar-besaran membolehkan ia dijual dengan harga yang lebih murah. Sektor pertanian di negara-negara maju juga menerima subsidi tinggi. Ini membolehkan kos dikurangkan, seterusnya menjadikan harga produk lebih kompetitif.

    Namun, ia tidak bermakna produk tempatan perlu terus dikesampingkan. Pelan tindakan yang spesifik dan berkesan perlu dijalankan supaya produk tempatan boleh bersaing dengan lebih baik dalam pasaran.

    Antara faktor harga produk pertanian yang tinggi ialah kebergantungan kepada penggunaan racun dan baja kimia, jelas Yoke Ling. Kata beliau, peningkatan harga racun kimia menyebabkan kos petani meningkat dan memberi kesan kepada harga akhir di peringkat pengguna.

    “Petani tempatan boleh meneroka pertanian organik yang sebenarnya melibatkan kos yang lebih murah. Ini sudah dilakukan oleh beberapa petani dan ia terbukti boleh berjaya.

    “Selain itu, kerajaan juga boleh menyokong petani tempatan dengan menyediakan insentif seperti insentif tanah atau baja untuk mengurangkan kos pengeluaran,” katanya kepada Relevan.

    Kurangkan kebergantungan kepada import

    Tambah Yoke Ling, kebergantungan kepada produk import adalah berbahaya kerana dalam tempoh krisis, jika negara pengeksport memutuskan untuk menghentikan eksport, bekalan makanan negara akan berkurang dengan signifikan.

    Sehubungan itu, kata beliau, petani tempatan perlu bergerak ke arah kaedah penanaman organik yang bukan sahaja lebih rendah kos, malah menghasilkan produk yang lebih berkhasiat. 

    Sementara itu, Pengerusi Institut Pembangunan Antarabangsa dan Penyelidikan untuk Kelestarian (IDRIS), Datuk Mohd. Nizam Mahshar berpandangan, walaupun produk import menawarkan harga yang lebih murah, kebergantungan berterusan kepadanya adalah berbahaya untuk jaminan bekalan makanan negara. 

    Kata beliau, setiap kali berhadapan masalah, kerajaan akan mengambil langkah singkat atau populis dengan membuka ruang yang lebih besar untuk import.

    “Import tiada masalah untuk produk yang kita tak keluarkan. Contohnya gandum, memang kita tak keluarkan tapi produk yang boleh dikeluarkan, perlu diutamakan pengeluar tempatan.

    “Isu ini tidak diselesaikan walaupun sudah berlangsung lama. Begitu juga isu seperti (insentif) tanah dan input pertanian. Kerajaan tidak pernah ada usaha yang serius,” katanya.

    Polisi yang tidak kalis krisis

    Mohd. Nizam juga melihat dalam isu makanan dan pertanian, kerajaan lebih banyak mendengar pandangan pihak luar dan pelobi berbanding golongan seperti petani dan usahawan tani.

    Beliau mengambil contoh dalam isu pembekalan beras yang mana suatu ketika dahulu kerajaan pernah menyasarkan tahap sara diri (SSL) 100 peratus, iaitu tahap pengeluaran yang mencukupi untuk menampung keseluruhan permintaan tempatan.

    Namun, dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0, kerajaan meletakkan sasaran SSL untuk beras sebanyak 75 peratus pada 2025 dan 80 peratus menjelang 2030.

    “Ini kerana import lebih murah dan kita masih kawal kepentingan pihak luar. Sama juga seperti benih, kita tidak hasilkan sendiri.

    “Ini masalah struktural yang tidak diselesaikan. Akhirnya nanti kita akan sentiasa berhadapan masalah sama. Setiap kali ada krisis, masalah berulang. Hanya ada pendekatan yang populis (galakan import). Kita tidak kalis krisis,” jelasnya.

    Menurut Mohd. Nizam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mencadangkan idea estet berskala besar yang menggabungkan kapasiti penternak-penternak untuk pengeluaran produk makanan secara besar-besaran. Kata beliau, idea tersebut berasaskan konsep koperasi.

    “Tapi yang kerajaan sekarang buat ialah sawah berskala besar (SBB) dan ia diserahkan kepada syarikat persendirian. Kita dah pernah gagal dengan idea Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila idea yang baik diserahkan kepada individu,” ujarnya.

    Oleh itu, Mohd. Nizam menuntut kerajaan untuk memperkukuh sokongan struktural dalam sektor pertanian dan makanan negara. Walaupun  akan mengambil masa, pembinaan kapasiti tempatan yang mencukupi untuk membekalkan makanan kepada rakyat negara ini adalah penting dalam jangka masa yang panjang.

    “Kita perlu bina kapasiti pengeluar tempatan sehingga kita mampu bekalkan makanan untuk kegunaan tempatan yang cukup. Mungkin dengan cara koperasi untuk bantu petani tempatan.

    “Bukan dengan mengambil jalan singkat dan populis semata-mata dengan menggalakkan import,” jelasnya. – RELEVAN

    featured jaminan bekalan makanan kewangan krisis makanan

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.