Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Laluan pendidikan untuk kerjaya dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan

    Laluan pendidikan untuk kerjaya dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 24, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PARA pelajar sekolah menengah perlu mula merancang hala tuju pendidikan menuju ke arah kerjaya yang diimpikan sejak di bangku sekolah lagi. Lebih-lebih lagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka perlu merancang dengan teliti laluan pendidikan seterusnya di universiti supaya cita-cita dapat dicapai dengan lancar.  

    Kebanyakan pelajar sudah mempunyai cita-cita yang tersendiri namun masih belum cukup pengetahuan tentang kursus tertentu yang diperlukan bagi menuju ke arah kerjaya impian. 

    Antara bidang yang boleh diteroka pelajar ialah pengurusan hotel dan pelancongan. Bidang ini menawarkan pengajaran dan pembelajaran yang khusus dalam industri perhotelan dan pelancongan dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan relevan bukan sahaja di dalam negara, malah industri perhotelan dan pelancongan di luar negara.

    Industri Pengurusan Hotel dan Pelancongan mempunyai peluang pekerjaan yang luas.  Antara pekerjaan yang ditawarkan di dalam bidang ini ialah penyambut tetamu (receptionist), pengarah masakan, chef, pengurus hotel, krew hotel dan pelbagai jenis kerjaya yang menarik. 

    Bidang ini dikatakan menarik kerana industri pelancongan akan sentiasa ada selagi wujudnya orang yang akan melancong sama ada untuk percutian atau urusan kerja. 

    Industri hotel dan pelancongan juga merupakan salah satu industri utama yang menyumbang kepada pendapatan negara.  Semakin maju negara, semakin maju industri pelancongan kerana dapat menarik pelancong dari dalam dan juga luar negara.  Secara tidak langsung, lebih banyak peluang pekerjaan akan disediakan untuk memenuhi keperluan industri.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan maklumat berkaitan kursus Pengurusan Hotel dan Pelancongan hasil temu bual bersama Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Puncak Alam, Profesor Dr. Mohd Salehuddin Mohd Zahari.

    • Tidak memerlukan apa-apa aliran spesifik

    Pelajar sama ada daripada aliran sains mahupun aliran sastera boleh melanjutkan pelajaran di dalam bidang Pengurusan Hotel dan Pelancongan.  Untuk melayakkan diri anda memohon kursus ini menerusi Unit Pusat Universiti (UPU) perlu memenuhi syarat am universiti iaitu memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

    • Lepasan SPM

    Bagi pelajar lepasan SPM, anda perlu mendapat tiga kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris.  Sejak 2013, Kementerian Pelajaran sudah mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

    • Lepasan Sijil

    Pelajar lepasan sijil perlu memastikan mendapat lulus sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf serta sekurang-kurangnya setahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.  Anda juga perlu lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat empat kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  

    • Lepasan Pra-Diploma 

    Bagi pelajar lepasan Pra-Diploma khususnya daripada UiTM dikehendaki untuk mendapatkan Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra-Diploma Sains (PD007/PD008) dan Pra-Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM.

    • Pelan pengajian 

    Bagi peringkat Diploma, kursus ini terbahagi kepada lima program iaitu:

    • Diploma dalam Pengurusan Hotel

    Menurut pensyarah program Pengurusan Hotel, Suriati Osman, jurusan ini mengajarkan subjek-subjek yang berkaitan dengan pengurusan hotel termasuk pengemasan hotel (hotel housekeeping), perkhidmatan makanan dan minuman (food and beverage services), masakan (kitchen), pejabat hadapan (front office), hospitaliti dan sebagainya. 

    • Diploma dalam Pengurusan Pelancongan

    Ketua Pusat Pengajian program Pengurusan Pelancongan, Dr. Ahmad Fitri Amir berkongsi bahawa para pelajar mempelajari asas segala yang berkaitan dengan industri pelancongan secara teori dan praktikal.  Antara subjek yang dipelajari ialah pengurusan acara, agensi pelancongan, operasi syarikat penerbangan, pemasaran, keusahawanan dan pengurusan. 

    • Diploma dalam Pengurusan Perkhidmatan Makanan

    Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang komprehensif dan mempunyai pengalaman praktikal di peringkat operasi. Program ini menumpukan pada liputan luas industri perkhidmatan makanan di jabatan operasi yang merangkumi hospital, makanan dan minuman, pengemasan (housekeeping), pengurusan acara (event management), jualan dan pemasaran serta rangkaian restoran makanan segera. 

    • Diploma dalam Pengurusan Seni Kulinari

    Program ini menumpukan pada reka bentuk dan pembangunan menu, kemahiran dan produk memasak asas dan lanjutan. Pelajar juga diajar untuk menginovasi produk masakan. 

    Pada masa yang sama, isu dalam bidang berkaitan kulinari seperti amalan sanitasi dan keselamatan makanan, serta operasi dan penggunaan peralatan dapur mengikut piawaian industri, trend masakan dan gastronomi juga ditekankan.

    Gastronomi merujuk kepada seni dan pengetahuan yang terlibat dalam menyediakan dan makan makanan yang berkualiti tinggi.  Pelajar akan didedahkan kepada asas masakan termasuk masakan melayu, barat, pastri, bakeri dan asas penyediaan makanan.

    • Diploma dalam Seni Pastri

    Program ini memberi tumpuan kepada seni dan sains dalam pembuatan pastri dan kek, mentafsir masalah dalam penghasilan pastri dan bakeri serta menawarkan penyelesaian. Pelajar juga diajar untuk menghasilkan pelbagai produk pastri, berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat dan bekerja sebagai pasukan yang efektif dalam pelbagai disiplin.

    Secara keseluruhannya, kelima-lima jurusan ini berlanjutan selama lima semester iaitu bersamaan dua tahun setengah.  Sebelum tamat pelajaran, para pelajar akan dihantar untuk menjalani latihan industri selama enam bulan mengikut bidang atau program masing-masing.

    •  Penyediaan diri

    Salehuddini juga memberi nasihat kepada para pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang perhotelan dan pelancongan untuk pastikan diri mempunyai minat yang tinggi.

    “Selain mempunyai minat yang tinggi, pelajar juga perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik kerana industri ini banyak melibatkan kerja secara berkumpulan. Komunikasi yang baik akan memudahkan pengkhususan kerja,” kata beliau.

    Pelajar bukan sahaja perlu pandai dalam akademik tetapi perlu juga mempunyai kemahiran asas yang tinggi.

    Pelajar dinasihati untuk mempunyai daya ketahanan mental yang kuat kerana akan dikehendaki untuk membuat urusan dengan pelbagai jenis manusia dengan bermacam-macam ragam yang tidak boleh dijangka. 

    Didik diri untuk bersikap profesional dan cuba untuk tidak bertindak mengikut emosi ketika berhadapan dengan situasi yang sukar.

    • Peranan ibu bapa

    Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberi pendedahan kepada anak-anak.  Jika anak-anak sudah mula menunjukkan minat sejak kecil, dorong mereka dengan memberi sokongan dan tunjuk ajar dengan apa yang mereka minat contohnya dalam bidang kulinari.

    “Ibu bapa tidak seharusnya paksa atau suruh anak untuk mengikut jejak ibu bapa.  Sebaliknya, dorong minat dan beri panduan untuk anak-anak merealisasikan cita-cita mereka,” pesan Salehuddin lagi. – RELEVAN

    Previous ArticleNCD kekal punca utama kematian di Malaysia, ini 10 tip dikongsikan oleh pakar untuk hidup lebih sihat
    Next Article Bagaimana mahu sokong produk tempatan jika produk import lebih murah?

    Artikel berkaitan

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.