SEBANYAK 2,151 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 1,372 kes direkodkan kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,458,889 kes.
Sebanyak 2,869 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 4,400,750 kes.
Semalam turut merekodkan empat kematian dengan tiga daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID) dicatatkan.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,583 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,533 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 22,556 dengan 21,363 atau 94.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 30 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,075 atau 4.8 peratus pesakit dirawat di hospital, 29 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 59 atau 0.3 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN