Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kelebihan jump rope yang tidak ramai tahu

    Kelebihan jump rope yang tidak ramai tahu

    By Faidhunnur FilusMay 6, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    Jump rope atau skipping mungkin sebuah senaman yang kurang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia jika dibandingkan dengan  jogging, berbasikal dan berenang. Namun, untuk pengetahuan anda, manfaat yang dapat diperoleh  dari senaman ini bukan biasa-biasa.

    Jump rope merupakan aktiviti senaman yang tergolong dalam kategori senaman kardiovaskular dan HIIT (High Intensity Interval Training). Senaman ini antara senaman yang dapat membantu anda menurunkan berat badan kerana setiap lompatan yang dilakukan melibatkan penggunaan seluruh anggota badan.

    Sehubungan itu, Relevan menyenaraikan tujuh kelebihan senaman jump rope yang menjadikan ia antara senaman paling berkesan untuk kesihatan dan keterampilan diri anda.

    1. Membantu tingkat stamina

    Sedar atau tidak, kadar stamina kita semakin hari semakin berkurang apabila bertambahnya usia. Anda sering keletihan lebih-lebih lagi jika buat kerja berat. Untuk mengatasi masalah ini, senaman jump rope mampu mengembalikan stamina anda.

    1. Membantu menurunkan berat badan

    Stres dengan berat badan yang semakin meningkat? Senaman jump rope antara senaman yang mampu membantu anda. Jump rope merupakan senaman yang berintensiti tinggi. Setiap 15 minit aktiviti ini mampu membakar sehingga 200 kalori.

    Bayangkan, dengan masa sesingkat itu anda mampu mengurangkan jumlah kalori dalam badan. Jika konsisten melakukannya, pasti berat badan akan mula menurun. Namun, semestinya harus diikuti dengan pola makan yang sihat juga ya!

    1. Baik untuk jantung

    Jump rope adalah senaman yang melibatkan sistem kardiovaskular badan anda. Ia membantu meningkatkan kadar degupan jantung sekali gus menjadikan pengedaran darah dalam badan berjalan lancar. Apabila edaran darah semakin lancar, masalah lemah jantung dan strok akan dapat diatasi.

    1. Meningkatkan fokus

    Setiap hayunan tali memerlukan keseragaman antara pusingan tangan dan lompatan kaki. Demi menghasilkan satu lompatan yang sempurna, anda harus memastikan ritma lompatan dan hayunan selari supaya tali tidak tersangkut pada kaki.

    Secara tidak langsung, gerakan dalam latihan ini akan meningkatkan fokus dan kepekaan minda anda.

    1. Jimat masa

    Kesibukan kerja, menguruskan anak dan urusan rumah mengehadkan masa anda untuk bersenam. Mana tidaknya, selalunya senaman melibatkan masa yang panjang. Akhirnya terpaksa ‘berkorban’ masa bersenam demi memenuhi rutin seharian.

    Untuk anda yang masih tercari-cari senaman yang tidak memerlukan masa yang panjang, jump rope adalah jawapannya. Setiap sesi senaman jump rope hanya mengambil masa 15 hingga 30 minit untuk melakukannya. Namun, hasilnya memang memuaskan. 

    1. Mudah dan praktikal

    Pada tahap pemula, senaman ini tidak memerlukan masa yang lama untuk dipelajari. Ia mudah, cuma hayunkan tali melepasi kepala dan kaki. Senaman ini tidak memerlukan kepakaran atau latihan yang khusus, namun apabila sudah mahir, anda boleh mempelajari gerakan tambahan supaya senaman ini bertambah seronok dan tidak membosankan.

    1. Murah dan mudah didapati

    Tidak seperti kebanyakan senaman, jump rope antara senaman yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Cukup dengan seutas tali skipping dan kasut sukan, anda sudah boleh bermula. Harga untuk seutas tali skipping boleh didapati dengan harga serendah RM5, memang sesuai untuk anda yang baru ingin mencuba!

    Sebagai seorang yang bekerjaya, jump rope ini boleh dikatakan senaman yang cukup pakej. Selain menjimatkan masa, ia mampu mengekalkan kesihatan dan bentuk badan dalam keadaan yang terbaik supaya anda kekal aktif.

    Anda tidak perlu malu untuk memulakan sesuatu yang baharu, banyak video tutorial yang mengajar teknik dan cara untuk jump rope dengan betul. Dengan azam dan latihan yang mencukupi, senaman ini pasti akan menyeronokkan.

    Selamat mencuba! – RELEVAN

     

    Previous ArticleFakta Semesta: Mengapa Zuhrah satu-satunya planet yang berputar mengikut arah jam?
    Next Article 2,151 kes baharu Covid-19, 51 kes di ICU dengan alat bantuan pernafasan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.