Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sering alami rasa kebas selepas bangun tidur? Ia mungkin petanda penyakit ini

    Sering alami rasa kebas selepas bangun tidur? Ia mungkin petanda penyakit ini

    By Zubaidah IbrahimApril 26, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Andrea Piacquadio/Pexels

    RASA kebas atau kesemutan selepas bangun tidur biasanya berlaku apabila salah satu bahagian tubuh tertindih ketika tidur. Ia disebabkan oleh peredaran darah yang tidak lancar kerana tekanan pada saraf.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, dalam kes tertentu, kebas ketika bangun tidur juga boleh menjadi tanda penyakit yang tidak boleh diabaikan. Kebas yang hanya terjadi sesekali adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan.

    “Bagaimanapun, keadaan itu boleh membimbangkan jika ia kerap terjadi dan boleh menjadi petanda beberapa penyakit,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Sehubungan itu, antara petanda-petanda penyakit berkaitan dengan rasa kebas itu ialah seperti berikut:

    1. Carpal tunnel syndrome

    Penyakit ini disebabkan oleh tekanan pada saraf utama di bahagian depan pergelangan tangan. Selain kerap kebas ketika bangun tidur, gejala lain penyakit ini adalah cengkaman tangan jadi kurang kuat dan mudah lenguh.

    2. Spondylosis serviks leher

    Penyakit ini disebabkan cengkaman tulang belakang pada bahagian leher. Biasanya, masalah kesihatan itu sering terjadi dalam kalangan orang tua. Selain kesemutan, tanda-tanda lain spondylosis serviks leher adalah tengkuk menjadi kaku selain kaki hilang sensasi.

    3. Neuropati perifer

    Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan kerosakan pada sistem saraf. Saraf ini berperanan menerima dan mengirim signal di antara sistem saraf utama dan tubuh.

    Gejala neuropati perifer yang biasa terjadi adalah sering mengalami kesemutan terutamanya ketika bangun pada waktu pagi, tubuh berasa sakit ketika bangun dan telinga berdengung.

    4. Diabetes

    Diabetes adalah penyakit kronik yang menyebabkan gula dalam darah tinggi. Keadaan ini terjadi ketika tubuh tidak efektif memberi respon terhadap insulin. Salah satu gejala penyakit itu adalah kebas, tubuh berasa sengal selain kehilangan deria rasa dan sentuhan pada kaki.

    5. Kekurangan vitamin B12

    Vitamin B12 berguna untuk memastikan otak dan saraf berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin B12 boleh disebabkan masalah kesihatan seperti gastrik dan penyakit autoimun. Gejala kekurangan vitamin B12 antaranya ialah anggota badan kebas, sakit sendi dan otot serta nafsu makan menurun.- RELEVAN

    Previous ArticleUjian RTK-Ag ada tarikh luput, ini yang anda perlu tahu
    Next Article 3,361 kes baharu dilaporkan semalam, catat penurunan bawah 5,000 kes menjelang Aidilfitri

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.