Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Memupuk kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman di tempat kerja

    Memupuk kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman di tempat kerja

    By April 6, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh fauxels (Pexels)

    KEHARMONIAN di tempat kerja dianggap sebagai faktor penting yang menentukan jatuh bangun, maju mundur sesebuah syarikat. Namun tidak ramai yang mahu membincangkan, apa unsur-unsur penting yang perlu diterapkan di tempat kerja bagi mencapai keharmonian yang diimpikan?

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas WorkSmartly, Victor Phang melihat tiga unsur, iaitu kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman adalah penting untuk membina keharmonian di tempat kerja. Kata beliau, mengusahakan kepelbagaian di tempat kerja bukan sekadar slogan kosong, sebaliknya sebuah keputusan perniagaan yang baik.

    “Usaha ke arah kepelbagaian dan kesaksamaan penting untuk kejayaan syarikat. Namun, kedua-dua aspek ini tidak bermakna tanpa keterangkuman. 

    “Maka, soalan yang perlu diselesaikan: bagaimana majikan boleh menyediakan tempat kerja yang mengutamakan ketiga-tiga unsur ini?” katanya dalam kenyataan.

    Definisi

    Sebelum melanjutkan perbincangan, elok jika kita dapat fahami dahulu, apa maksud kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman.

    Menurut Victor, kepelbagaian di tempat kerja kebiasaannya melibatkan individu dari latar belakang, etnik, jantina dan umur berbeza bekerja bersama tanpa memandang rendah satu sama lain. 

    Kesaksamaan pula merupakan nilai keadilan dan kesamarataan yang didasarkan kepada sumbangan individu. Mungkin ada yang keliru antara kesaksamaan (equity) dengan kesamaan (equality). 

    Kesamaan bermakna bertindak sama rata kepada semua pihak dengan menyediakan manfaat yang sama kepada semua sementara kesaksamaan merujuk kepada kemampuan organisasi menawarkan manfaat yang anjal mengikut keperluan individu supaya mereka boleh mencapai potensi maksimum.

    Keterangkuman pula bermaksud keadaan yang memberikan setiap satu pekerja rasa kepunyaan terhadap tempat kerja, walaupun terdiri daripada jantina, tahap umur dan bangsa yang berbeza. Usaha menerapkan keterangkuman di tempat kerja membantu kumpulan yang biasanya tersisih, termasuk mereka dengan ketidakupayaan mental atau fizikal, berasa setara di tempat kerja.

    Bagaimana?

    Membangunkan tempat kerja yang saksama memerlukan usaha berterusan dari pihak pengurusan serta pasukan sumber manusia. Ini kerana, langkah paling berkesan untuk melaksanakan perubahan yang besar adalah melalui pendekatan atas ke bawah.

    Segala yang dilakukan tidak perlu berpandukan warna kulit atau taraf, dengan tumpuan diberikan kepada perkara dan peristiwa, bukan individu. Sebagai contoh, syarikat boleh melaksanakan pemberian bonus pada waktu yang neutral, berbanding ketika tempoh perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya dan Deepavali, memandangkan ia dilihat tidak adil untuk bangsa tertentu.

    Tambahan lagi, perekrut pekerja  perlu menunjukkan sikap neutral semasa memilih calon. Mereka sepatutnya melantik pekerja baharu berdasarkan prestasi, kemahiran dan kebolehan, bukan disebabkan budaya atau faktor lain.

    Aspek lain yang boleh diambil kira ialah meningkatkan pendigitan yang akan mencipta lebih banyak peluang untuk kepelbagaian. Dari pilihan kerja dari jauh ke peningkatan ekonomi gig, majikan tidak lagi boleh kekal dengan amalan kerja lama. Generasi baharu semakin terbuka dan penerimaan budaya mereka telah meningkat disebabkan pendedahan yang meluas melalui teknologi. – RELEVAN

    featured kepelbagaian kerjaya kesaksamaan keterangkuman tempat kerja
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.