Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tembikai beri tenaga segera ketika berpuasa, pelbagai manfaat kesihatan

    Tembikai beri tenaga segera ketika berpuasa, pelbagai manfaat kesihatan

    By April 6, 2022Updated:April 7, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Pexels

    BUAH tembikai kelihatan sangat ‘menggoda’ sehingga ia cukup popular dijadikan minuman atau dimakan begitu sahaja untuk menghilangkan dahaga ketika cuaca panas mahupun dijadikan minuman berbuka puasa. 

    Bukan setakat mitos, buah tembikai sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk tubuh badan dengan memberikan tenaga dan menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, mengikut kajian sains, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma.

    “Satu atau dua keping hirisan tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.

    “Namun harus diingat, tembikai mempunyai Glycemic Index (GI) yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh itu, dinasihatkan hanya mengambil beberapa potong sahaja agar ia tidak memudaratkan kesihatan,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Contoh perkiraan GI untuk tembikai dan beberapa makanan lain adalah seperti berikut:

    • Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
    • Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
    • Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g

    Semasa menjalani ibadah puasa, akan berlaku beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh. Antaranya, enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari.

    “Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu, apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.

    “Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh,” jelasnya lagi.

    Zubaidi berkata, tembikai juga mengandungi 92 peratus air dan nutrisi yang tinggi. Justeru, ia sangat sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas. 

    Selain itu, tembikai turut mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati daripada buah-buahan berwarna merah seperti tomato.

    Satu gelas tembikai mengandungi 10 miligram (mg) lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi lima hingga enam mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis. Ia juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.

    “Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.

    “Tembikai turut mengandungi sebatian citrulline yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide iaitu berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Apabila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung,” ulasnya lagi.-RELEVAN

    berbuka puasa featured kesihatan tembikai
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.