Facebook Twitter
    Trending
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gaji minimum tidak akan naikkan harga barang, tingkatkan pengangguran

    Gaji minimum tidak akan naikkan harga barang, tingkatkan pengangguran

    By April 4, 2022Updated:April 4, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DAKWAAN beberapa pihak bahawa penetapan gaji minimum yang tinggi akan meningkatkan kadar inflasi serta pengangguran tidaklah tepat sepenuhnya, sebaliknya beberapa kajian menunjukkan gaji minimum yang tinggi dapat memberikan manfaat yang besar kepada golongan pekerja.

    Ketua Penyelidikan Fakulti Perniagaan dan Undang-Undang Universiti Taylor, Profesor Dr. Hafezali Iqbal Hussain berkata, selama beberapa dekad ini, ahli ekonomi sepakat bahawa langkah menaikkan gaji minimum akan meningkatkan pengangguran dengan ketara.

    Walau bagaimanapun, kata beliau, pandangan itu telah berubah apabila majoriti ahli ekonomi kini melihat peningkatan gaji minimum yang ketara sebagai idea yang baik.

    “Untuk memahami anjakan itu, kita perlu menghargai eksperimen semula jadi yang dijalankan pemenang Hadiah Nobel, David Card yang mendapati bahawa kenaikan gaji minimum tidak menyebabkan peningkatan pengangguran.

    “Malah, ia didapati dapat membebaskan ramai daripada belenggu kemiskinan dan memberi manfaat kepada mereka yang berada dalam golongan B40, termasuk mereka yang mendapat gaji lebih daripada gaji minimum,” katanya dalam kenyataan.

    Menurut Hafezali, ada pihak menganggap pelaksanaan gaji minimum yang lebih tinggi merugikan pekerja bergaji rendah kerana ia merupakan nilai tiruan yang dikenakan oleh kerajaan dan bukannya ditentukan melalui kuasa pasaran.

    Kata beliau, ini kerana mereka yang mempunyai kemahiran atau pengalaman yang lebih rendah mempunyai tahap produktiviti yang lebih rendah. 

    “Bagaimanapun, pendapat saya ialah dasar gaji di Malaysia harus berdasarkan konteks domestik. Pada 2013, gaji minimum pertama kali ditetapkan pada RM900 sebulan untuk Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk Malaysia Timur.

    “Kadar itu telah meningkat secara berperingkat selama bertahun-tahun. Kira-kira sedekad kemudian, ia dijangka mencecah RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei ini,” katanya.

    Hafezali menjelaskan, kadar RM1,500 yang ditetapkan kerajaan dilihat adil memandangkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa purata gaji minimum di seluruh dunia untuk negara membangun dan sedang pesat membangun adalah kira-kira 67 peratus daripada gaji median.

    Pada penghujung 2019 sebelum pandemik Covid-19, Jabatan Perangkaan merekodkan pendapatan median di Malaysia adalah sebanyak RM2,442 manakala gaji minimum ditetapkan pada RM1,200, bersamaan kira-kira 49 peratus.

    “Bagaimanapun, menurut data Jabatan Perangkaan, pandemik telah menurunkan pendapatan median kepada RM2,206. Ini bermakna gaji minimum RM1,500 yang ditetapkan mewakili kira-kira 68 peratus, selaras dengan purata global.

    “Memandangkan ekonomi dijangka menyaksikan lantunan kukuh lebih daripada 5.5 peratus pada 2022, gaji median boleh dijangka melepasi paras 2019 menjelang 2024. Ini akhirnya akan mewakili gaji minimum 60 peratus daripada gaji median,” kata Hafezali.

    Beliau menegaskan, penyelidikan mengenai pelaksanaan tahap gaji minimum sebelum ini di Malaysia menunjukkan bahawa ia cenderung untuk meningkatkan produktiviti buruh, bertindak sebagai pendorong dan mengurangkan pusing ganti pekerja.

    Malah, katanya, kajian jangka panjang telah menunjukkan bahawa ia mengurangkan pengangguran dan meningkatkan kadar penyertaan buruh. Penyelidikan juga mendokumenkan bahawa peningkatan sebelumnya pada 2016 juga tidak menyebabkan sebarang pengurangan ketara dalam permintaan buruh.

    “Walau bagaimanapun, memandangkan potensi ia boleh membahayakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dapat menawarkan gaji yang lebih tinggi, terdapat keperluan untuk meneroka mekanisme di luar gaji minimum pada masa hadapan.

    “Pada takat ini, penguatkuasaan undang-undang gaji minimum meletakkan peranan mengurangkan kemiskinan kepada pemilik perniagaan. Namun, pendekatan berbeza melalui program kebajikan sosial untuk pekerja bergaji rendah akan membolehkan semua pembayar cukai berkongsi beban kewangan.

    “Antara bidang yang akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 termasuk sebahagian perlindungan untuk kos perumahan, penjagaan kesihatan serta kos penjagaan kanak-kanak,” katanya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.