Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Guru juga perlu hormat pelajar

    Guru juga perlu hormat pelajar

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 30, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERKATAAN hormat sering digandakan menjadi hormat-menghormati. Ini bermakna, penghormatan sifatnya bertimbal balik. Kita memberi hormat dan dibalas dengan hormat. 

    Dalam hubungan pelajar dengan guru, situasinya sama. Wajib untuk pelajar menghormati guru namun guru juga mempunyai batas dalam layanannya kepada pelajar. Kata-kata berbentuk hinaan, menyalahgunakan kedudukan sebagai guru dan membuat gangguan secara keterlaluan kepada pelajar tidak patut dilakukan dan melanggar batas hormat guru kepada pelajar.

    Ketua Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Sahul Hamid Mohamed Maiddin berkata, seorang guru tidak sepatutnya memperbudak-budakkan pelajarnya walaupun wajib untuk pelajar menghormati guru.

    Kata beliau, guru dan pelajar terlibat dalam proses pencarian ilmu dan kedua-dua pihak mempunyai peranan tersendiri bagi memastikan proses tersebut mencapai matlamatnya, iaitu perkongsian ilmu antara guru dengan murid.

    “Pencarian ilmu melibatkan hubungan dua hala yang bertimbal balik. Maksudnya, pelajar mendapat ilmu, guru pula mendapat berkat daripada usahanya mengajar pelajar dengan baik.

    “Ramai yang tersilap dan fikir pelajar sahaja mencari berkat. Guru juga mendapat berkat daripada pelajar. Apabila guru mengajar dengan baik, pelajar akan mendoakan kesejahteraan guru. Ini berkat untuk guru,” katanya ketika dihubungi Relevan.

    Jelas Sahul Hamid, tiada masalah untuk guru memarahi pelajar dalam urusan pengajaran dan pembelajaran namun ia tidak sampai ke tahap menyentuh keperibadian pelajar.

    “Saya jadi pensyarah, saya dibayar gaji beribu-ribu. Bukannya kami buat kerja ini percuma.

    “Hatta sekarang ini pun, pensyarah perlu ambil tahu keadaan pelajar. Adakah dia berkemampuan?” katanya.

    Kongsi Sahul Hamid, beliau pernah mengusahakan penjualan makanan murah kepada pelajar. Katanya, usaha itu dijalankan selepas mendapati terdapat ramai pelajar yang kehabisan wang di akhir semester.

    “Saya nak menyumbang sendiri tak mampu. Apa yang saya buat? Saya beli makanan paling murah pada harga RM2 dan jual pada harga RM1. Modalnya diperoleh melalui kutipan daripada pensyarah lain.

    “Ini adalah kerja seorang guru. Bukan guru sahaja, ini tanggungjawab kita sebagai manusia,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article6 cara berhadapan pensyarah bermasalah
    Next Article 15,941 kes baharu, 33 kematian semalam

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.