Facebook Twitter
    Trending
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gaji pekerja di Malaysia sangat rendah

    Gaji pekerja di Malaysia sangat rendah

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 25, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEPUTUSAN kerajaan untuk meningkatkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 baru-baru ini menarik minat orang ramai untuk berbincang tentang kadar gaji yang ditawarkan di Malaysia. Perit namun tetap perlu diakui, tawaran gaji di Malaysia adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang setaraf.

    Laporan Utusan Malaysia pada Februari lalu menyifatkan majikan di Malaysia sebagai yang paling kedekut di Asia Tenggara. Ini berikutan kenyataan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin yang berkata,  Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebagai upah kepada pekerja.

    Perkara sama turut disuarakan dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang mendapati, peratusan bahagian pampasan pekerja (CE) kepada KDNK di Malaysia lebih rendah berbanding negara-negara maju, termasuk Singapura.

    Pada 2018, bahagian CE kepada KDNK Malaysia adalah sebanyak 35.7 peratus. Ia lebih rendah berbanding Singapura (39.7 peratus), Korea Selatan (45.7 peratus), Australia (47.1 peratus), United Kingdom (49.4 peratus) dan Jerman (51.5 peratus).

    Ini bermakna, daripada keseluruhan ekonomi yang dijana negara pada 2018, hanya 35.7 peratus daripadanya merupakan pendapatan kepada golongan pekerja. Ini mencerminkan jurang pendapatan yang tinggi antara golongan pekerja dengan majikan.

    MTEM pada 2016 pernah mengeluarkan laporan tentang jurang gaji antara Ketua Pegawai Eksekutif dengan pekerja yang mendapati, jurang tersebut dalam syarikat gergasi di Malaysia boleh mencecah 3,800 kali ganda lebih tinggi daripada purata gaji pekerjanya. 

    Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga pernah menerbitkan laporan yang mendapati Ketua Pegawai Eksekutif dibayar 141 kali ganda lebih tinggi berbanding pekerja.

    Gaji vs produktiviti

    Pertumbuhan gaji perlu selalu dilihat  bersama pertumbuhan produktiviti pekerja. Mana-mana pertumbuhan antara kedua-dua perkara tersebut yang tidak selari menandakan kepincangan dalam ekonomi sesebuah negara.

    Dalam laporan Perkembangan Ekonomi 2018, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kesimpulan bahawa kadar upah di Malaysia tidak sejajar dengan tahap produktiviti pekerja. Analisis yang dilakukan mendapati pekerja Malaysia masih dibayar upah yang lebih rendah berbanding pekerja di negara-negara lain, termasuk Korea Selatan, United Kingdom dan Australia.

    Menurut BNM, seorang pekerja yang menghasilkan output bernilai AS$1,000 akan dibayar sebanyak AS$340 di Malaysia, berbanding sehingga AS$510 di negara lain.

    Oleh sebab itu, antara strategi yang digariskan dalam WKB 2030 bagi menambah baik kadar pembayaran gaji di Malaysia adalah dengan memperluas pelaksanaan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS). Melalui sistem ini, kadar gaji yang lebih setimpal dengan produktiviti pekerja dapat ditetapkan. 

    Gaji minimum sebagai permulaan

    Peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1,500 disifatkan sebagai wajar namun belum mencukupi oleh MTEM . Menurut Felo Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Azlan Awang, kadar gaji minimum yang sepatutnya adalah sebanyak RM1,832.

    Walaupun begitu, ia boleh dianggap sebagai permulaan yang baik untuk kesaksamaan gaji buat pekerja di Malaysia. Banyak yang masih perlu dilakukan, termasuk menyemak semula kadar gaji minimum secara berkala dari semasa ke semasa supaya ia selari dengan pertumbuhan produktiviti pekerja serta kadar inflasi negara.

    Langkah seterusnya, kerajaan perlu mengkaji agihan pendapatan perniagaan di Malaysia supaya jurang gaji antara majikan, pengurusan profesional serta pekerja bawahan tidak terlalu lebar. Ini bukan sahaja dapat memberi keadilan kepada pekerja malah membantu merapatkan jurang pendapatan antara kelas ekonomi dalam negara.

    Data pampasan pekerja kepada KDNK yang tidak menunjukkan perubahan besar sejak beberapa tahun lalu perlu diambil perhatian. Golongan pekerja yang menjadi tunjang kepada kejayaan sesebuah perniagaan perlu diberi bayaran yang setimpal dengan usahanya. – RELEVAN

    Previous Article24,316 kes baharu, 64 kematian semalam
    Next Article 16,863 kes, 37 kematian semalam

    Artikel berkaitan

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026
    Artikel Terkini

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.