KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan semalam iaitu sebanyak 32,467 berbanding 27,500 kelmarin.
Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,528,557 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian tersebut, 231 kes atau 0.71 peratus merupakan pesakit dalam kategori 3, 4 dan 5 manakala 32,236 kes atau 99.31 peratus lagi kategori 1 dan 2.
Jelas beliau, sebanyak 10,828 kes atau 33.35 peratus didiagnosis dalam kategori 1; 21,408 kes (65.94 peratus) dalam kategori 2; 100 kes (0.31 peratus) dalam kategori 3; 68 kes (0.19 peratus) dalam kategori 4 dan 68 kes (0.21 peratus) lagi dalam kategori 5.
Semalam juga mencatatkan sebanyak 27,629 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 3,197,298 kes.
Dalam pada itu, menurut data laman web CovidNow, semalam juga mencatatkan 86 kematian dengan 28 daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 33,028 kematian manakala jumlah terkumpul BID sebanyak 6,808 kes.
Jumlah kes aktif di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 298,231 dengan 286,097 atau 95.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 3,457 kes atau 1.2 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 8,322 atau 2.8 peratus pesakit dirawat di hospital, 147 atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 208 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN