Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa graduan pendidikan tuntut penempatan? (Bahagian 2)

    Mengapa graduan pendidikan tuntut penempatan? (Bahagian 2)

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 4, 2022Updated:March 4, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEJAK lebih sedekad lalu, pelbagai gerakan dan usaha individu menuntut penempatan untuk graduan pendidikan muncul. Usaha mendapatkan keadilan untuk para graduan tidak pernah putus dan sebahagiannya membuahkan hasil.

    Pada 2017, hasil gerakan dan usaha yang lebih tersusun, Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA) yang mengumpulkan wakil graduan pendidikan pelbagai subjek dari 11 universiti awam terbentuk. 

    GGPUA mendapat perhatian apabila berjaya mengangkat isu penempatan graduan pendidikan ke peringkat nasional. Utusan Malaysia pada 23 Julai 2018 meletakkan isu tersebut pada muka hadapan akhbar susulan kenyataan Menteri Pendidikan ketika itu tentang kekurangan guru di beberapa negeri.

    Hasil kutipan data oleh GGPUA, didapati terdapat 6,516 graduan yang masih belum menerima penempatan manakala 3,392 calon temu duga pada April tahun tersebut masih belum mendapat keputusan. 

    Ia mendorong beberapa perubahan dilakukan Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sehinggalah akhirnya 18,702 kekosongan dibuka untuk pengambilan secara sekali ambil (one-off) baru-baru ini.

    Walau bagaimanapun, bukanlah semua isu dapat diselesaikan. Walaupun pengambilan dibuat secara besar-besaran, masih ada kumpulan graduan yang mendakwa tercicir dan mahu sesuatu dilakukan oleh kerajaan.

    Masalah subjek

    Ketika isu umum tentang penempatan graduan pendidikan semakin baik, masalah spesifik tentang beberapa subjek pula timbul. Ia termasuk penawaran kursus di universiti untuk subjek yang telah dimansuhkan di sekolah-sekolah. Antaranya ialah subjek seperti Perdagangan dan Kemahiran Hidup.

    Namun, antara subjek yang paling kritikal ialah Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK). Graduan bidang ini sukar mendapat penempatan kerana kekosongan yang sangat terhad dalam sektor awam dan tawaran gaji yang rendah dalam sektor swasta.

    Pelbagai pertemuan diatur untuk menyelesaikan masalah graduan PAKK namun menemui jalan buntu. Malah, pengambilan besar-besaran baru-baru ini juga tidak mampu memberi kelegaan kepada graduan.

    Ketika Relevan membangkitkan isu nilai ijazah PAKK, ada yang tidak bersetuju dan melihat ia sebagai penghinaan kepada subjek tersebut. Bukan begitu. Nilai ilmu yang diterima graduan sepanjang pengajian memang tidak ternilai tetapi yang dipersoalkan ialah kebolehpasaran graduan dengan ijazah itu.

    Ramai graduan yang gagal mendapatkan pekerjaan selayaknya dengan ijazah tersebut walaupun mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas. Akhirnya graduan terpaksa bekerja di luar bidang dengan kadar gaji yang rendah. Potensi ilmu dan pengetahuan yang diperoleh tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

    Rombak sistem

    Penyelesaian isu penempatan graduan pendidikan secara keseluruhannya memerlukan tekad politik yang teguh daripada kerajaan. Banyak rombakan dan kajian terperinci perlu dilakukan. 

    Kerajaan perlu menilai semula dasar pasaran terbuka yang dilaksanakan. Adakah ia berjaya mencapai matlamat mentransformasikan profesion keguruan? Adakah penawaran ribuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) saban tahun masih relevan? Adakah keputusan membuka kekosongan jawatan guru kepada graduan tanpa ikhtisas patut dihentikan?

    Masalah penempatan guru akan mempengaruhi kualiti guru di sekolah-sekolah dan akhirnya memberi kesan kepada kualiti pendidikan awam secara keseluruhannya. Masalah ini merupakan bom jangka yang sudah lama berdetik. Hanya menunggu masa untuk meletup.

    Analisis isu penempatan graduan pendidikan akan diteruskan dalam bahagian ketiga dan terakhir selepas ini. Boleh baca bahagian pertama di sini. Terus ikuti media sosial Relevan untuk kemas kini terbaharu. – RELEVAN

    featured graduan pendidikan kerjaya pendidikan penempatan guru
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.