SETIAP orang dikurniakan bakat dan kebolehan tersendiri begitu juga dengan kepintaran luar biasa yang mana perkara tersebut telah dikesan serta menerima pengiktirafan sejak usia kanak-kanak.
Tahap kepintaran yang tinggi itu telah melonjakkan nama-nama seseorang sehingga dikenang sepanjang zaman.
Sehubungan itu, berikut RELEVAN kongsikan beberapa manusia pintar yang pernah mencipta nama ketika masih kanak-kanak dengan kebolehan intelektual yang tinggi.
1. Priyanshi Somani
Dilahirkan pada November 16, 1998 di Gujarat, India Priyanshi Somani dikenali sebagai kalkulator rohani. Pada usia satu tahun dia memenangi Piala Dunia dalam aritmetik mental.
Dia juga memenangi Anugerah Kanak-kanak Hebat Pogo. Gadis berusia 24 tahun itu berkebolehan dalam aritmetik mental iaitu mengira tanpa bantuan alatan seperti kalkulator, pen dan kertas melainkan hanya menggunakan kebolehan otaknya sahaja.
Kebolehannya ketika usia kanak-kanak itu telah mencatatkan namanya dalam Rekod Dunia Guinness dan Limca World Record Book. Sekali gus, diiktiraf sebagai antara salah seorang kanak-kanak paling bijak di dunia.
2. Gregory R Smith
Jejaka berusia 32 tahun ini pernah menerima Hadiah Nobel pada usia 14 tahun. Dia membaca banyak buku dan mengingati kesemuanya. Smith juga diiktiraf sebagai pemegang ijazah sarjana termuda dari University of Virginia, Amerika Syarikat. Selain itu dia turut menubuhkan sebuah organisasi untuk membantu mempromosikan keamanan dan persefahaman baik dalam kalangan anak muda di seluruh dunia yang dikenali sebagai International Youth Defenders.
3. Aelia Andre
Andre yang dilahirkan pada 9 Januari 2007 mempunyai bakat melukis dan dia menunjukkan kebolehan itu dengan melukis di galeri terkenal ketika berusia dua tahun. Andre yang kini berusia 15 tahun juga terkenal sebagai artis abstrak Australia. Dia mula melukis pada usia sembilan bulan dan dia juga merupakan salah seorang remaja paling bijak di dunia.
4. Akrit Jaswal
Memiliki IQ tinggi 146, Akrit Jaswal yang kini berusia 29 tahun merupakan kanak-kanak popular sepanjang zaman di India kerana kepintaran luar biasanya. Pada usia tujuh tahun dia telah melakukan pembedahan ke atas seorang gadis untuk merawat tangannya yang melecur. Dia merupakan graduan termuda yang lulus dari universiti perubatan di India.
5. Kim Ung-Yong
Kim Ung Yong merupakan kanak-kanak paling pintar yang pernah dicatatkan dalam sejarah. Dia yang dilahirkan pada 8 Mac 1962 di Korea Selatan memiliki IQ tinggi 210. Sebelum berusia 15 tahun dia telah menamatkan pengajian kedoktorannya dalam bidang fizik di University of Colorado, Amerika Syarikat.- RELEVAN