Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lelaki lebih cenderung dapat masalah dengkur

    Lelaki lebih cenderung dapat masalah dengkur

    By February 14, 2022Updated:February 14, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kredit foto: jcomp - www.freepik.com

    RAMAI yang menganggap berdengkur ketika tidur merupakan perkara biasa kerana badan terlalu letih, tetapi hakikatnya ia bakal mendatangkan pelbagai masalah kesihatan jika dibiarkan berterusan.

    Bukan itu sahaja, berdengkur juga boleh mengganggu pasangan dan orang lain yang berada berhampiran.

    Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran berkata, dengkur berlaku apabila bunyi yang kuat terhasil semasa udara melalui tisu-tisu di tekak, menyebabkannya bergetar semasa bernafas.

    Menurutnya, hampir semua orang berdengkur sekali-sekala, tetapi ada sesetengah orang mempunyai masalah dengkur yang kronik.

     “Ini berlaku apabila otot di bahagian belakang tekak terlalu mengendur semasa bernafas.

    “Semasa otot ini mengendur, saluran pernafasan mengecil dan boleh tertutup semasa bernafas,” katanya.

    Menurutnya, sesetengah orang berdepan dengan masalah ini setiap kali tidur, tidak kira sama ada tidur seketika atau untuk tempoh lama.

    Ujarnya lagi, masalah dengkur kronik boleh menyebabkan berlakunya obstructive sleep apnea (OSA).

    Penghidap OSA akan mengalami situasi seperti sentiasa rasa mengantuk pada waktu pagi, selain bunyi berdengkur yang kuat.

    Mereka yang menghadapi masalah itu juga boleh menyebabkan pernafasan terhenti seketika semasa tidur dan terbangun tiba-tiba serta rasa tercekik atau sukar bernafas.

    Kesan dengkur kronik dan berterusan

    Selain itu, OSA juga menyebabkan mulut terlalu kering dan sakit tekak semasa bangun tidur, sakit kepala pada waktu pagi, tidak dapat memberi perhatian penuh pada waktu pagi, tekanan darah tinggi dan kurang nafsu untuk melakukan hubungan seks.

    Iskandar Mirza menjelaskan, selain menyebabkan OSA, dengkur berterusan juga boleh mendatangkan masalah lain seperti serangan jantung, serangan angin ahmar dan kegagalan jantung berfungsi.

     “Oleh itu, segera berjumpa doktor jika berdengkur terlalu kuat yang mengganggu tidur orang lain atau pasangan dan rasa susah bernafas serta tercekik selepas bangun tidur,” katanya.

    Bagi mengatasi masalah dengkur berterusan, pesakit boleh mengamalkan cara hidup sihat seperti selalu bersenam untuk menurunkan berat badan, mengurangkan pengambilan alkohol, berhenti merokok serta mengambil ubat masalah alahan atau nasal decongestant bila perlu.

    GAMBAR menunjukkan alat mouthpiece yang diletakkan di dalam mulut bagi mengurangkan dengkur.

    “Jika cara ini tidak dapat mengatasi masalah OSA, mereka perlu menggunakan alat yang membolehkan saluran pernafasan terbuka semasa tidur seperti positive airway pressure (CPAP) dan mouthpiece. 

    “Alat CPAP dan mouthpiece akan memberi tekanan udara melalui hidung dan membuatkan salur pernafasan sentiasa terbuka semasa tidur,” jelasnya lagi.

    Tambahnya, jika kaedah itu masih tidak berkesan, rawatan pembedahan bagi membesarkan saluran pernafasan perlu dilakukan segera.

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang berhadapan dengan masalah dengkur seperti berikut:

    • Berat badan berlebihan. Lemak berlebihan akan berkumpul di bahagian pernafasan dan ini akan mengganggu saluran tersebut.
    •  Saluran pernafasan yang sempit juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
    •  Sesetengah orang mempunyai salur pernafasan sempit sama ada secara semula jadi atau disebabkan oleh masalah tonsil yang membengkak dan kemudian mengecilkan salur pernafasan.
    •  Lelaki lebih cenderung untuk mendapat masalah dengkur berbanding wanita.-RELEVAN

    *Artikel ini disunting dari artikel “Dengkur kurang jika turun berat badan” yang disiarkan di Kosmo! pada 21 Julai 2021.

    Previous ArticlePengajaran dari Covid-19: Tiga cara ubah budaya kerja syarikat
    Next Article Jangkitan Covid-19 hari ini 21,315 kes, jumlah pesakit kategori 2 masih yang tertinggi

    Artikel berkaitan

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Cara kekalkan awet muda

    January 2, 2026

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

    December 26, 2025
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.