PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan sembilan kematian akibat Covid-19 semalam, dengan empat daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Menurut data dari laman web CovidNow, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 sehingga semalam ialah 32,065 kematian dengan 6,473 BID.
Sebanyak 17,134 kes baharu dicatatkan semalam menjadikan jumlah terkumpul kes Covid-19 di negara ini sebanyak 2,956,332 kes.
Semalam juga mencatatkan 5,681 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan sebanyak 2,829,752 kes.
Sementara itu, terdapat 94,515 kes aktif dengan 83,906 orang atau 88.8 peratus daripadanya menjalankan kuarantin di rumah.
Sebanyak 5,405 orang atau 5.7 peratus lagi menjalankan kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 5,057 pesakit atau 5.4 peratus berada di hospital manakala 68 pesakit (0.1 peratus) berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 79 (0.1 peratus) lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN