Facebook Twitter
    Trending
    • Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti
    • Keputusan UPU lepasan STPM diumumkan hari ini
    • Hidupkan Maulidur Rasul dengan empat amalan ini
    • RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?
    • 5 tanaman penyeri dalam rumah
    • Tip rambut sihat untuk muslimah
    • Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia
    • 7 cara elak kecederaan ketika di gim
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tanaman penyeri dalam rumah

      September 4, 2025

      Tip rambut sihat untuk muslimah

      September 4, 2025

      7 cara elak kecederaan ketika di gim

      September 2, 2025

      Kenapa IQ anak terganggu: Apa yang ibu bapa perlu tahu

      August 29, 2025

      Tidur dalam keadaan kelaparan – kurus atau membahayakan diri?

      August 26, 2025
    • Kewangan

      RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

      September 5, 2025

      Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

      September 3, 2025

      Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

      September 2, 2025

      BNPL – budaya hutang alaf baru yang mengancam generasi kini

      August 21, 2025

      Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

      August 20, 2025
    • Pendidikan

      Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

      September 5, 2025

      Keputusan UPU lepasan STPM diumumkan hari ini

      September 5, 2025

      Hidupkan Maulidur Rasul dengan empat amalan ini

      September 5, 2025

      Rukun negara – tonggak perpaduan, nadi bangsa merdeka

      August 29, 2025

      Gempa datang tanpa amaran, ini panduan kekal selamat

      August 27, 2025
    • Kerjaya

      Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

      August 29, 2025

      Minat guru semakin luntur, masa depan negara berisiko

      August 22, 2025

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Covid-19: Apa maksud kategori 2A dan 2B?

    Covid-19: Apa maksud kategori 2A dan 2B?

    By February 8, 2022Updated:February 8, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu Covid-19 melalui sidang akhbar menterinya, Khairy Jamaluddin semalam. Walaupun banyak penjelasan dibuat, masih ada pihak yang keliru dengan beberapa perkara, khususnya terma-terma baharu yang diperkenalkan.

    Seperti yang semua tahu, Kementerian Kesihatan membahagikan jangkitan Covid-19 kepada lima tahap, iaitu Kategori 1 hingga 5. Pesakit Kategori 1 merujuk kepada pesakit Covid-19 yang tidak menunjukkan sebarang gejala manakala Kategori 2 bergejala ringan dan tidak mengalami radang paru-paru.

    Kategori 3 pula merupakan pesakit Covid-19 yang mengalami radang paru-paru, Kategori 4 mengalami radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen manakala Kategori 5 pula bergejala kritikal yang memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

    Dalam sidang akhbarnya semalam, Khairy menjelaskan, individu positif Covid-19 untuk Kategori 1 dan 2A serta tidak berisiko tinggi (berusia 60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai sebarang komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

    Sementara itu, individu yang dalam Kategori 2B atau berumur 60 tahun ke atas, mempunyai komorbid, mempunyai gejala yang semakin teruk dan tidak mengambil vaksin atau belum lengkap vaksin pula dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut.

    Ini menimbulkan persoalan buat beberapa warganet yang baru pertama kali melihat terma kategori 2A dan 2B.

    Gejala ringan dan sederhana

    Dalam ciapan terbaharunya di Twitter, Khairy menjelaskan bahawa pesakit Kategori 2 dibahagikan kepada dua tahap iaitu gejala ringan (2A) dan sederhana (2B). Tahap tersebut dikenal pasti melalui gejala-gejala yang dialami pesakit.

    Pesakit Covid-19 Kategori 2A adalah mereka yang mengalami gejala seperti sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas; batuk tanpa demam atau sesak nafas; hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan; hilang deria bau dan cirit-birit dua kali atau kurang dalam masa 24 jam.

    Selain itu, mereka juga mengalami loya dan muntah; keletihan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian serta sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian.

    Pesakit dalam Kategori 2B pula lebih serius gejalanya, melibatkan demam berpanjangan selama dua hari atau lebih atau baru sahaja demam; kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti; sakit dada; hilang selera makan serta berasa letih terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur.

    Pesakit kategori ini juga perlu berjalan dengan bantuan; gejala batuk, loya, muntah atau cirit-birit yang berterusan; tahap kesedaran berkurangan serta semakin kurang kencing dalam masa 24 jam.

    Foto ihsan Kementerian Kesihatan

    Diharapkan, masyarakat akan lebih peka dengan perbezaan kategori pesakit Covid-19 selepas ini kerana sistem ujian dan pengasingan pesakit serta kontak rapat kini telah diautomasikan.

    Mereka yang dijangkiti Covid-19 kini perlu buat penilaian kendiri terhadap simptom yang dialami dan melaporkan keadaan diri melalui aplikasi MySejahtera. – RELEVAN

    covid covid-19 featured kategori 2A kategori 2B Kementerian Kesihatan kesihatan Khairy Jamaluddin KKM

    Artikel berkaitan

    Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

    September 5, 2025

    Keputusan UPU lepasan STPM diumumkan hari ini

    September 5, 2025

    Hidupkan Maulidur Rasul dengan empat amalan ini

    September 5, 2025

    RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

    September 5, 2025

    5 tanaman penyeri dalam rumah

    September 4, 2025

    Tip rambut sihat untuk muslimah

    September 4, 2025
    Artikel Terkini

    Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

    September 5, 2025

    Keputusan UPU lepasan STPM diumumkan hari ini

    September 5, 2025

    Hidupkan Maulidur Rasul dengan empat amalan ini

    September 5, 2025

    RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

    September 5, 2025

    5 tanaman penyeri dalam rumah

    September 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.