Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 cara besarkan anak yang celik kewangan

    7 cara besarkan anak yang celik kewangan

    By January 26, 2022Updated:February 6, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto ihsan jcomp - www.freepik.com

    SEPERTI kebanyakan kemahiran asas hidup, pendidikan kewangan perlu diajar sejak kecil. Ia sebagai persediaan untuk anak-anak menghadapi dunia dewasa terutama dengan situasi ekonomi yang semakin mencabar pada masa depan.

    Pengarah Negara Malaysia syarikat pembayaran global, WorldRemit, Ridzuan Aziz berkongsi enam tips untuk membantu para ibu bapa mendidik anak menjadi celik kewangan sejak kecil.

    • Berbual tentang kewangan

    Kebanyakan ibu bapa tidak bercerita tentang kewangan keluarga di hadapan anak-anak. Namun, untuk memupuk kecelikan kewangan, lebih baik kalau kita mula mendedahkan tentang pengurusan kewangan pada awal usia anak-anak.

    Anda boleh berbual tentang pembelian rutin seperti makanan, belanja pendidikan, pengangkutan dan percutian. Bincangkan juga perbezaan antara keperluan dengan kehendak. Ketika anak masih kecil, anda boleh bawa mereka membeli-belah, ajarkan tentang label harga dan gunakan pembayaran tunai berbanding digital. Sebab wang boleh dilihat, kanak-kanak lebih mudah belajar begitu.

    • Perkenalkan anak kepada wang

    Anak-anak boleh diperkenalkan kepada wang sebaik sahaja mereka mampu mengira. Tunjukkan wang kertas dan syiling serta diajarkan mereka nilai setiapnya. Mahu lebih seronok, cipta permainan melibatkan wang bagi memudahkan mereka memahami nilai wang dan mengira baki.

    • Didik anak hasilkan belanjawan

    Membuat belanjawan boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan, bergantung kepada pendekatan pengajaran. Anda boleh menghasilkan carta yang berwarna-warni dengan kolum wang masuk dan wang keluar. Anda juga boleh menyediakan beberapa tabung untuk mereka mengasingkan wang, seperti tabung belanja, tabung hadiah dan simpanan. 

    Grafik oleh Hassan Shah
    • Ajar anak menyimpan sejak kecil

    Penting untuk mengajar anak-anak bahawa wang yang mereka peroleh, tidak semestinya perlu dibelanja kesemuanya. Lebih baik jika dapat mengajar mereka untuk menetapkan matlamat simpanan. Mungkin ini masanya untuk anda memperkenalkan kepada anak-anak akaun simpanan digital memandangkan pada masa hadapan, mereka akan menggunakan perbankan dalam talian. Boleh baca cara menyimpan secara digital di sini.

    Apabila sudah ada simpanan, anda boleh memperkenalkan mereka dengan penyata bulanan dan menjelaskan bagaimana akaun tersebut membesar disebabkan deposit dan keuntungan faedah. Untuk anak yang lebih dewasa, galakkan mereka menyimpan untuk sesuatu yang mereka mahukan, seperti basikal atau telefon bimbit.

    • Usaha tangga kejayaan kewangan

    Jika anak anda mahukan sesuatu, seperti basikal atau telefon bimbit, didik mereka untuk berusaha mendapatkan wang sendiri. Bukanlah sampai ke tahap anak anda jadi buruh kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengajar mereka untuk membuat kerja kecil-kecilan atau menjual sesuatu. Masih ingat mengenai kisah kanak-kanak yang tular apabila menjual lukisannya di hadapan rumah?

    Anda juga boleh beri ganjaran untuk kerja rumah yang mereka buat. Beri sedikit upah dan ajar mereka menyimpan sedikit demi sedikit.

    • Berbelanja, tapi jangan berlebihan

    Ini yang paling seronok. Apabila anak anda telah menyimpan dengan cukup, izinkan mereka berbelanja dengan wang tersebut. Namun, perlu menasihatkan mereka supaya jangan berbelanja berlebihan. Ini fungsi belanjawan yang diajarkan sebelum ini. Ingat, jangan terlalu mengawal perbelanjaan mereka. Jika anak anda sudah cukup matang, biar mereka tentukan sendiri perbelanjaan, anda hanya perlu memantau. 

    Pengetahuan kewangan sejak usia muda dapat membantu anak-anak untuk mengetahui nilai wang serta kepentingan mempunyai disiplin kewangan. Malaysia masih ketinggalan dalam pengetahuan kewangan berbanding negara moden. Itu antara sebab, ramai golongan muda yang berusia kurang 34 tahun menjadi muflis kerana gagal menguruskan kewangan mereka dengan baik. Pendidikan awal kewangan adalah jalan keluar kepada masalah muflis. – RELEVAN

    Previous Article7 kerjaya pilihan global pada 2022
    Next Article Dihina ‘sampah’, idea diplagiat, ini cabaran menjadi content creator di Malaysia

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026

    Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

    December 29, 2025

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    December 24, 2025
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.