Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 kerjaya pilihan global pada 2022

    7 kerjaya pilihan global pada 2022

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 26, 2022Updated:February 4, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Business photo created by yanalya - www.freepik.com

    PERUBAHAN zaman dan kemajuan teknologi mempengaruhi banyak aspek dalam kehidupan kita. Keperluan manusia pada masa ini tidak lagi sama seperti 20, 50 atau 100 tahun dahulu. 

    Sebahagian perubahan dipercepat situasi pandemik yang melanda dunia bermula pada penghujung 2019 lalu. Manusia kini lebih bergantung kepada teknologi baharu, terutamanya melibatkan automasi, perkhidmatan awan dan internet pantas.

    Sebagai antara aspek terpenting dalam kehidupan, pasaran pekerjaan juga tidak terlepas daripada menerima impak perubahan zaman. Ada pekerjaan yang sudah pupus, ada yang baru muncul dan ada juga yang semakin signifikan dalam kehidupan. Berikut merupakan tujuh pekerjaan yang dijangka menerima paling banyak permintaan pada 2022, menurut portal Business Insider.

     

    Menurut Laporan Pekerjaan Baru Muncul LinkedIn, perjawatan untuk pakar kecerdasan buatan (AI)  tumbuh 74 peratus dalam tempoh empat tahun di Amerika Syarikat. Peranan tersebut bertambah dalam semua industri dan dijangka, tugas membangunkan produk berasaskan AI akan terus berkembang tahun ini.

     

    Ada orang kata, data ialah emas untuk zaman ini. Keperluan membangunkan dan menguruskan bank data menjadi lebih signifikan dalam tempoh sedekad ini. Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan pangkalan data dan mengekstrak maklumat penting dari kumpulan data, pastinya banyak industri yang akan menawarkan jawatan ini tahun ini.

     

    Antara ciri utama Revolusi Industri 4.0 ialah automasi. Melepasi tempoh matang revolusi tersebut, kejuruteraan robotik menjadi lebih penting dalam hampir kesemua industri. Pelbagai peringkat perniagaan kini menggunakan robot sebagai pekerja dan tugas untuk menyelenggara dan mereka perisian robotik sudah pastinya sangat diperlukan. Restoran mamak pun dah guna robot untuk hantar teh tarik, kan?

     

    Antara pekerjaan yang baru muncul dalam dekad ini. Jurutera tindanan penuh atau full stack engineer merupakan individu yang bertanggungjawab membangun dan menyelenggara aplikasi atau laman web. Boleh dikatakan, jurutera atau pembina tindanan penuh merupakan gabungan peranan dan kemahiran seorang pereka serta pembina web.

     

    Penggunaan teknologi awan sebagai stor maklumat kini semakin meluas. Tidak lagi bergantung dengan simpanan fizikal seperti kad memori dan cakera keras, penggunaan teknologi awan lebih berkesan dan cekap. Kerjaya ini semakin diperlukan dalam banyak sektor, termasuk perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan teknologi maklumat (IT).

    Dengan meningkatnya keperluan untuk data pada masa ini, meningkat jugalah keperluan untuk melindungi data tersebut. Baik data syarikat mahupun pelanggan, setiap syarikat memerlukan pakar keselamatan siber dalam pasukan mereka. Portal Fortune melaporkan, jumlah pencerobohan data pada 2021 melepasi jumlah pada tahun sebelumnya pada bulan Oktober. Ini menunjukkan kepentingan jawatan pakar keselamatan siber dalam sesebuah syarikat.

    Isu kesihatan mental semakin menonjol dalam tempoh beberapa tahun ini dan ia meningkatkan permintaan untuk jawatan juruteknik kesihatan tingkah laku. Sebagai juruteknik kesihatan tingkah laku, anda bertanggungjawab membantu doktor dan jururawat dalam penjagaan pesakit yang menderita kecelaruan atau masalah melibatkan tingkah laku, seperti penyalahgunaan dadah, gangguan tekanan pascatrauma (PTSD), ketidakstabilan mental atau mangsa penderaan fizikal serta emosi.

    – RELEVAN

    AI featured jurutera kerjaya RI4 robot saintis
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.