Facebook Twitter
    Trending
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kurang pengetahuan faktor gagal urus kewangan

    Kurang pengetahuan faktor gagal urus kewangan

    By Zubaidah IbrahimJanuary 24, 2022Updated:February 6, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KITA selalu mengeluh tidak cukup wang atau kehabisan duit terutama menjelang hujung bulan sehingga terpaksa berhutang sementara menunggu gaji dan perkara itu akan terus berulang.

    Bak kata pepatah, gali lubang, tutup lubang dan akhirnya anda masih lagi berada tahap kewangan yang sama tahun berganti tahun ekoran kesilapan menguruskan kewangan dengan berkesan.

    Lebih memburukkan keadaan apabila anda melebihkan kehendak berbanding keperluan apatah lagi pada masa kini banyak godaan apabila banyak tawaran gajet baharu atau pelbagai item untuk memenuhi gaya hidup semata-mata.

    Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali berkongsi tujuh faktor yang menyebabkan kita gagal menguruskan kewangan dengan baik.

    1. Pengaruh Persekitaran

    Tiada kawalan dalam diri atau pendirian tidak kukuh menyebabkan seseorang itu banyak bergantung kepada faktor luaran (persekitaran) untuk membuat keputusan mengenai pengurusan kewangannya.

    Walaupun mempunyai niat untuk bebas kewangan tetapi tatkala mendengar persepsi di persekitaran kita tidak akan mampu mengurus kewangan disebabkan gaji terlalu kecil, harga barangan terlalu tinggi, dan kos rumah terlalu tinggi. Semua ini membantutkan hasrat kita mencapai kebebasan kewangan.

    Oleh itu, kita perlu bijak membuat keputusan sama ada mahu terus dibelenggu masalah kewangah atau keluar dari kemelut tersebut dengan mengambil langkah positif dengan mengubah cara berfikir.

    1. Pengurusan kewangan bermusim

    Ada yang hanya mengurus kewangan secara tidak konsisten yang mana mungkin pada awal tahunnya mempunyai iltizam yang sangat kuat untuk mengurus kewangan dengan perancangan tahunan dan bulanan.

    Malangnya, apabila tiba pada bulan pertama atau kedua apabila apa yang dirancang tidak dapat ditepati sehingga mula berasa putus asa dan tidak lagi mengendahkan perancangan kewangan awal.

     

    1. Merancang sekali seumur hidup

    Ada  golongan yang hanya sekali sahaja membuat perancangan kewangan di dalam hidupnya dan ia sebenarnya sangat tidak praktikal kerana kita perlu mengadaptasi kepada perubahan semasa.

    Pendapatan kita pada 10 tahun lepas mungkin berbeza dengan pendapatan semasa. Lazimnya pendapatan akan meningkat dari semasa ke semasa, tetapi ada juga menurun atau tiada berpendapatan langsung.

    1. Tidak memahami teknik

    Jika tidak mempunyai ilmu atau teknik untuk mengendalikan kewangan sendiri dan keluarga dengan baik ia pastinya akan menyukarkan proses menguruskan kewangan yang mana akhirnya seseorang akan kecundang.

    Usah khuatir, masalah itu boleh dipelajari dengan menghadiri kursus-kursus pengurusan kewangan atau dipelajari menerusi pembacaan buku tentang kewangan dan sebagainya.

    1. Tidak disiplin atau tidak mengikut perancangan

    Membuat perancangan dan diikuti dengan disiplin merupakan perkara penting yang berkait rapat di antara satu sama lain atau dalam erti kata lain formula untuk berjaya dalam apa jua perkara.

    Ia termasuklah membuat pengurusan kewangan kerana tanpa perancangan dan disiplin akan menyebabkan seseorang itu gagal menguruskan kewangannya sehingga liabiliti seseorang meningkat berbanding aset. Liabiliti adalah tanggungan seseorang.

    6. Tiada pembentangan bajet bersama keluarga

    Sedar atau tidak, pembentangan bajet bersama ahli keluarga bagi mereka yang telah berumah tangga adalah langkah yang sangat penting agar suami atau isteri dan anak-anak peka dengan keadaan kewangan mereka.

    Jika tidak melakukan pembentangan bajet tersebut, ahli keluarga itu tidak akan tahu berapa pendapatan tahun, jumlah yang perlu dibelanjakan serta yang perlu disimpan.

    7. Matlamat kurang jelas

    Matlamat perlu jelas dalam pengurusan kewangan agar ia menjadi panduan kepada seseorang untuk membeli aset berbanding menanggung liabiliti. Jika perkara tersebut diabaikan maka, kita lebih cenderung menambah hutang baharu.

    Sepatutnya ketika bersara kelak, seseorang dapat menjalani hidup dengan selesa kerana membuat pilihan tepat dengan pembelian aset. Tetapi ada yang tersilap langkah dan terpaksa menanggung hutang yang banyak selepas bersara selain tidak mempunyai simpanan yang mencukupi.-RELEVAN

    Previous ArticleRemaja 15 tahun miliki lima ijazah
    Next Article Menabung secara digital, lebih mudah dan konsisten

    Artikel berkaitan

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026
    Artikel Terkini

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.