Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 19, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti. - GAMBAR HIASAN CANVA

    KESIBUKAN kerja dengan rutin harian yang padat sehingga pulang lewat malam tidak hanya menyebabkan keletihan, malah berpotensi meningkatkan risiko obesiti.

    Kajian terbaharu yang dibentangkan pada Kongres Obesiti Eropah di Istanbul baru-baru ini mendapati pengurangan satu peratus dalam jumlah jam bekerja tahunan memberi kesan kepada berat badan. 

    Berdasarkan kajian ia juga berkait dengan penurunan kadar obesiti sebanyak 0.16 peratus dalam kalangan negara anggota Organisation for Economic Co-operation dan Development (OECD).

    Penemuan itu memberi gambaran bahawa cara hidup moden yang dipenuhi budaya kerja lebih masa boleh menjadi salah satu faktor utama peningkatan masalah berat badan dalam masyarakat.

    Risiko meningkat bagi individu bekerja lebih 55 jam seminggu

    Lebih membimbangkan, penyelidikan melibatkan lebih 122,000 individu di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia mendapati mereka yang bekerja lebih 55 jam seminggu mempunyai risiko 17 peratus lebih tinggi untuk mengalami obesiti berbanding individu yang bekerja antara 35 hingga 40 jam seminggu.

    Kajian tersebut dijalankan dalam tempoh purata 4.4 tahun dan menunjukkan kesan waktu kerja panjang terhadap kesihatan tubuh bukan sekadar andaian semata-mata.

    Kurang masa bersenam dan makan secara sihat

    Menurut penyelidik, antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan ialah kekurangan masa untuk menyediakan makanan sihat, bersenam dan mendapatkan tidur mencukupi.

    Individu yang bekerja sehingga lewat malam cenderung memilih makanan bersifat segera atau berproses kerana lebih mudah disediakan. 

    Pada masa sama, tekanan kerja yang tinggi juga meningkatkan hormon stres sehingga boleh mendorong seseorang untuk mengambil makanan berkalori tinggi sebagai ‘comfort food’.

    Kurang pergerakan ketika bekerja jadi penyumbang utama

    Pekerjaan yang memerlukan seseorang duduk terlalu lama turut dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah obesiti.

    Kurangnya pergerakan fizikal sepanjang hari menyebabkan pembakaran kalori menjadi lebih rendah, manakala pengambilan makanan ringan ketika bekerja pula semakin meningkat.

    Penyelidikan di negara-negara OECD mendapati kesan itu lebih ketara dalam kalangan lelaki, khususnya mereka yang bekerja dalam persekitaran pejabat dan kurang aktiviti fizikal.

    ‘Kemiskinan masa’ jejaskan gaya hidup sihat

    Penyelidik turut menekankan konsep “kemiskinan masa”, iaitu keadaan apabila seseorang terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk menjaga kesihatan diri.

    Situasi itu menyebabkan ramai gagal mengekalkan rutin senaman, masak makanan di rumah atau mendapatkan rehat yang cukup.

    Keletihan melampau akibat kerja berlebihan juga boleh mengganggu metabolisme tubuh serta menjejaskan kawalan selera makan.

    Golongan pekerja berusia lebih terdedah

    Kajian lain mendapati individu berusia yang bekerja lebih 59 jam dalam tempoh seminggu lebih mudah mengalami peningkatan berat badan berbanding rakan sekerja mereka yang bekerja dalam tempoh lebih singkat.

    Ini kerana perubahan metabolisme yang berlaku seiring peningkatan usia menjadikan tubuh badan lebih mudah terkesan dengan tekanan dan gaya hidup tidak sihat.

    Struktur kerja memainkan peranan

    Pakar berpendapat masalah obesiti tidak seharusnya dilihat sebagai kegagalan individu semata-mata. 

    Sebaliknya, struktur kerja moden yang terlalu menuntut individu meghabiskan lebih banyak waktu ketika bekerja turut memainkan peranan besar dalam membentuk gaya hidup tidak sihat.

    Beberapa syarikat di United Kingdom kini mula menguji sistem kerja empat hari seminggu bagi membantu pekerja mencapai keseimbangan hidup yang lebih baik.

    Walaupun kesannya terhadap penurunan berat badan masih dikaji, pendekatan itu dilihat mampu mengurangkan tekanan dan memberi lebih banyak masa untuk setiap individu menjaga kesihatan diri. – RELEVAN

    Previous ArticleTunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    Next Article 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.