Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 9, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu. - GAMBAR HIASAN CANVA

    PERNAHKAH anda terfikir bahawa makanan yang diambil setiap hari bukan hanya mempengaruhi kesihatan fizikal, malah memberi kesan kepada emosi dan kestabilan mental?

    Kajian sains membuktikan bahawa hubungan antara makanan, usus dan otak jauh lebih kuat daripada yang disangka. Berikut beberapa fakta menarik tentang makanan yang mungkin belum anda tahu.

    1. Kebanyakan hormon serotonin sebenarnya dihasilkan dalam usus

    Serotonin sering dikenali sebagai ‘hormon gembira’ kerana peranannya membantu mengawal emosi dan waktu tidur. 

    Namun, ramai tidak tahu bahawa sekitar 90 hingga 95 peratus serotonin dalam badan sebenarnya dihasilkan dalam usus dan bukannya otak.

    Makanan berasaskan tumbuhan seperti oat, pisang dan tauhu membantu memberi nutrisi kepada bakteria baik dalam usus yang terlibat dalam penghasilan serotonin.

    Sebaliknya, pengambilan makanan tinggi lemak tepu secara berlebihan boleh mengganggu keseimbangan bakteria usus dan menjejaskan penghasilan bahan kimia penting ini.

    1. Daging proses boleh mempengaruhi emosi

    Makanan seperti sosej, nugget, burger segera dan daging salai bukan sahaja dikaitkan dengan masalah kesihatan fizikal, malah mempunyai hubungan dengan kesihatan mental.

    Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan JAMA pada tahun 2022 mendapati pengambilan daging merah dan daging proses secara berlebihan boleh meningkatkan risiko keradangan dan gangguan emosi seperti kemurungan.

    Dalam masa sama, pemakanan berasaskan tumbuhan didapati membantu mengurangkan risiko kebimbangan dan tekanan emosi, khususnya dalam kalangan wanita.

    1. Serat membantu kestabilan emosi

    Protein haiwan tidak mengandungi serat, sedangkan serat memainkan peranan penting dalam sistem penghadaman dan kestabilan gula dalam darah.

    Makanan seperti lentil, quinoa dan ubi keledek mengandungi serat serta karbohidrat kompleks yang membantu mengelakkan peningkatan dan penurunan gula darah secara mendadak.

    Keadaan gula darah yang stabil boleh membantu mengurangkan rasa cepat marah, keletihan dan ‘brain fog’ atau kesukaran untuk fokus.

    1. Makanan fermentasi baik untuk sistem saraf

    Makanan fermentasi seperti kimchi, tempe, miso dan sauerkraut semakin popular kerana manfaatnya terhadap kesihatan usus. 

    Kajian mendapati makanan ini boleh membantu menenangkan sistem saraf dengan meningkatkan komunikasi antara usus dan otak serta mengurangkan keradangan dalam badan.

    Selain membantu penghadaman, makanan fermentasi juga dikaitkan dengan pengurangan simptom kebimbangan sosial dan tekanan emosi.

    1. Omega-3 bukan hanya daripada ikan

    Ramai beranggapan omega-3 hanya boleh diperoleh daripada ikan, sedangkan sumber tumbuhan juga kaya dengan nutrien penting ini.

    Biji chia, biji flaxseed, walnut dan minyak alga mengandungi ALA omega-3 yang membantu menyokong fungsi otak dan pengawalan emosi. 

    Menariknya, sumber tumbuhan ini juga bebas daripada risiko seperti merkuri dan mikroplastik yang kadangkala dikaitkan dengan makanan laut tertentu.

    Apa yang dimakan setiap hari sebenarnya memberi kesan besar terhadap tubuh dan minda. 

    Pemilihan makanan yang seimbang, kaya serat dan lebih berasaskan tumbuhan tidak hanya menjaga kesihatan secara fizikal, malah turut menyokong kestabilan emosi dan fungsi otak. – RELEVAN

    Previous ArticleSedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan
    Next Article Kedekut atau berjimat cermat?

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.