Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

    3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

    By Dr. Atiqah Mohd ZayedMarch 19, 2026Updated:March 19, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka. -GAMBAR HASIL AI

    HARI Raya Aidilfitri adalah waktu untuk mengeratkan silaturahim – rumah terbuka, salam bermaafan, anak-anak bermain tanpa henti dan meja dipenuhi juadah tradisi. Namun, dalam suasana meriah dan padat dengan kunjungan, risiko penularan penyakit berjangkit juga meningkat.

    Menurut doktor keluarga Klinik Alpro, Dr. Atiqah Mohd Zayed, setiap tahun selepas musim perayaan, klinik sering menerima peningkatan kes demam, batuk berpanjangan dan jangkitan dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, penting untuk kita lebih peka terhadap tiga penyakit yang paling mudah menular ketika musim open house.

    1. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

    HFMD kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak bawah 10 tahun dan sangat mudah merebak melalui sentuhan tangan, air liur serta permukaan yang tercemar. Ketika rumah terbuka, anak-anak bebas bermain dan berkongsi permainan. Keadaan ini memudahkan virus merebak.

    Antara tanda-tanda biasa:

    • Demam
    • Ulser dalam mulut
    • Ruam atau lepuh di tangan dan kaki
    • Kurang selera makan

    Langkah berjaga-jaga semasa beraya:

    • Elakkan membawa anak ke majlis jika demam atau ada ruam.
    • Pastikan anak membasuh tangan sebelum makan dan selepas bermain.
    • Jangan berkongsi botol minuman atau sudu.
    • Pantau keadaan kesihatan anak beberapa hari selepas menghadiri majlis.

    Langkah mudah seperti menjaga kebersihan tangan mampu mengurangkan risiko jangkitan dengan ketara. 

    1. Influenza – Selesema yang tidak boleh dipandang ringan

    Influenza berbeza daripada selesema biasa. Ia boleh menyebabkan demam tinggi secara tiba-tiba, sakit badan yang kuat, batuk dan keletihan melampau. Golongan berisiko seperti warga emas, ibu hamil dan pesakit kencing manis atau darah tinggi lebih mudah mengalami komplikasi.

    Dalam suasana rumah tertutup berhawa dingin, virus influenza mudah tersebar melalui titisan pernafasan ketika batuk atau bersin.

    Langkah perlindungan:

    • Pakai pelitup muka jika bergejala.
    • Amalkan etika batuk dan kebersihan tangan.
    • Rehat di rumah jika tidak sihat. 

    Vaksin influenza disarankan setiap tahun kerana virus ini sentiasa berubah. Mendapatkan vaksin sebelum atau semasa musim perayaan membantu mengurangkan risiko jangkitan serta komplikasi serius. 

    1. Tuberkulosis (TB) 

    Ramai menganggap TB adalah penyakit lama. Namun, ia masih wujud dan boleh merebak melalui udara, khususnya jika seseorang mengalami batuk berpanjangan melebihi dua minggu. 

    Gejala yang perlu diberi perhatian: 

    • Batuk lebih dua minggu
    • Turun berat badan tanpa sebab
    • Berpeluh waktu malam
    • Cepat letih 

    Jika terdapat ahli keluarga dengan simptom sebegini, galakkan mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut. Tindakan awal membantu mencegah penularan kepada orang lain.

    Raya selamat, keluarga sihat

    Beberapa langkah mudah boleh diamalkan sepanjang musim perayaan:

    • Hadkan masa di tempat terlalu sesak
    • Pastikan pengudaraan baik di dalam rumah
    • Elakkan berkongsi makanan atau minuman
    • Pantau simptom 3-5 hari selepas menghadiri majlis
    • Pertimbangkan vaksin influenza dan HFMD untuk perlindungan tambahan

    Kesedaran dan pencegahan awal adalah kunci utama memastikan kemeriahan Raya tidak bertukar menjadi episod demam seisi keluarga.

    Pesanan doktor

    Hari Raya sepatutnya membawa kegembiraan dan kenangan indah bersama orang tersayang. Dengan amalan kebersihan yang konsisten serta perlindungan melalui vaksinasi, risiko jangkitan boleh dikurangkan dengan ketara.

    Lindungi diri dan keluarga. Jangan lupa dapatkan vaksinasi sebelum atau semasa musim perayaan.

    Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui vaksin yang sesuai untuk anda dan anak-anak. Pencegahan adalah pelaburan terbaik untuk kesihatan keluarga. – RELEVAN

    Previous ArticleBalik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    Next Article Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.