Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    By AMAL HAYATI FAUZIJanuary 23, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja. GAMBAR HIASAN CANVA

    TERDAPAT banyak tabiat yang sering dilabel sebagai tidak produktif seperti menonton filem tanpa henti, meluangkan masa dengan melayari media sosial dan membaca kandungan tidak berfaedah. Ramai beranggapan semua tabiat ini membazirkan masa.

    Menurut Talent Labs, tabiat yang sering dipandang remeh tetapi berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan atau laluan kerjaya, sekiranya disertai dengan minat yang mendalam dan pemahaman yang betul. Aktiviti harian ini secara tidak langsung membentuk kemahiran tertentu yang relevan dengan keperluan industri masa kini.

    1. Gemar menonton filem

    Menonton filem atau drama secara berterusan sering dianggap pasif. Namun begitu, aktiviti ini sebenarnya melibatkan daya pemahaman terhadap struktur penceritaan dan pelbagai kemahiran lain yang terdapat dalam sesebuah produksi filem.

    Aplikasi dalam kerjaya:

    • Penerbit – menyelia keseluruhan proses penghasilan kandungan dan memastikan kualiti produksi.
    • Penulis skrip – membangunkan jalan cerita dan dialog yang menarik serta berkesan.
    • QA Tester – menilai kandungan atau produk digital dengan mengenal pasti ketidakkonsistenan dan kelemahan dari sudut pengalaman pengguna.
    1. Melayari media sosial 

    Melayari media sosial bukan sekadar hiburan sekiranya ia dimanfaatkan untuk mendapatkan maklumat semasa, mengikuti trend, serta memahami minat dan tingkah laku pengguna.

    Individu yang peka terhadap jenis kandungan yang mendapat sambutan tinggi, waktu siaran yang sesuai dan gaya komunikasi yang berkesan memiliki kelebihan dalam dunia pemasaran dan komunikasi digital.

    Aplikasi dalam kerjaya:

    • Pencipta kandungan – menghasilkan bahan kreatif yang menarik dan relevan untuk pelbagai platform digital.
    • Pengurus media sosial – merancang strategi kandungan, mengurus interaksi pengguna dan meningkatkan kehadiran jenama dalam talian.
    • Penulis iklan (copywriter) – menghasilkan teks pemasaran yang berimpak.
    • Penganalisis produk – menilai tingkah laku pengguna serta keberkesanan ciri produk berdasarkan maklum balas dan data digital.
    1. Suka bersosial

    Individu yang gemar bersosial dan mudah bergaul sering memiliki kemahiran komunikasi interpersonal yang baik. Keupayaan memahami emosi orang lain, mengurus perbualan dan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi sosial merupakan aset penting dalam banyak bidang kerjaya.

    Mereka yang sering dianggap sebagai ‘ekstrovert’ atau penghibur semula jadi sebenarnya berpotensi besar dalam kerjaya yang melibatkan pengurusan manusia dan hubungan profesional.

    Aplikasi dalam kerjaya:

    • Pengurus kejayaan pelanggan (CSM) memastikan kepuasan pelanggan dan mengekalkan hubungan jangka panjang.
    • Sumber manusia (Human resource) – mengurus kebajikan pekerja, pembangunan bakat dan budaya organisasi.
    • Pengurus komuniti – membina dan menyelia komuniti, sama ada secara fizikal atau dalam talian, agar kekal aktif dan harmoni. – RELEVAN
    Previous ArticleApa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    Next Article Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.