Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berwaspada bila susut berat badan

    Berwaspada bila susut berat badan

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 30, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berwaspada bila susut berat badan. GAMBAR HIASAN CANVA

    TUBUH badan kurus dan langsing sering dianggap lambang kecantikan dan kesihatan ideal. Bagaimanapun, pakar mengingatkan bahawa penurunan berat badan tidak selalunya membawa maksud positif. 

    Dalam sesetengah keadaan, berat badan susut secara mendadak tanpa sebab sebenar boleh menjadi tanda awal penyakit seperti gangguan hormon atau lebih buruk kanser. Menurut pakar kesihatan yang mesra dipanggil Dr. Iman, berikut ialah tiga tanda utama berat badan susut yang wajar diberi perhatian.

    Risiko penurunan berat badan tanpa diet

    Kebiasaannya berat badan menurun apabila seseorang mengurangkan pengambilan makanan, diet atau bersenam. Namun, ia mula membimbangkan apabila berat badan turun sekurang-kurangnya lima peratus dalam tempoh tiga hingga enam bulan tanpa sebarang usaha.

    Lebih merisaukan apabila individu masih mempunyai selera makan seperti biasa. Ini kerana keadaan ini menandakan tubuh badan sedang mengalami gangguan dalaman seperti masalah hormon tiroid atau penyakit kronik lain yang mengakibatkan badan menggunakan tenaga secara berlebihan. 

    Dalam situasi seperti ini, pemeriksaan perubatan termasuk ujian darah dan hormon amat penting bagi mengenal pasti punca sebenar penurunan berat badan.

    Kurus berpunca daripada “simptom sistemik”

    Menurut Dr. Iman, berat badan susut akibat penyakit sering disertai dengan simptom sistemik iaitu tanda-tanda yang melibatkan keseluruhan badan. Antara simptom yang kerap berlaku ialah jantung berdebar, tangan menggigil dan mudah berpeluh yang sering dikaitkan dengan masalah tiroid.

    Selain itu, individu mungkin mengalami keletihan melampau dan berpeluh sepanjang malam. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa keadaan badan tidak seimbang dan berusaha melawan sesuatu penyakit.

    Kurus dalam keadaan ini bukan sekadar perubahan fizikal, sebaliknya merupakan tanda amaran yang dihantar oleh tubuh badan.

    Kehilangan otot tanda badan sedang melawan penyakit

    Petunjuk lain yang boleh dikaitkan dengan penurunan badan tidak sihat ialah kehilangan otot dan kekuatan fizikal. Individu mungkin menyedari lengan dan peha semakin mengecil, genggaman tangan menjadi lemah serta mudah semput ketika menaiki tangga.

    Terdapat juga situasi di mana seseorang merasakan badan terlalu ringan dan tidak bertenaga walaupun sudah cukup rehat. Keadaan ini menandakan cachexia, iaitu kehilangan otot akibat penyakit serius seperti kanser atau gangguan metabolisme badan. Kehilangan otot menjejaskan pergerakan, melemahkan sistem imun dan meningkatkan risiko kesihatan.

    Saringan kesihatan bantu mengesan penyakit lebih awal

    Menerusi pengalaman oleh Dr. Iman, terdapat kes di mana perubahan berat badan menjadi petunjuk awal kepada diagnosis penyakit serius. Melalui pengalamannya, pernah berlaku di mana seorang pesakit kelihatan berisi di gambar kad pengenalannya, namun individu yang hadir ke klinik jauh lebih kurus. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat keputusan darah yang mencurigakan sebelum beliau disahkan menghidap kanser. 

    Kes ini membuktikan bahawa perubahan fizikal ketara tidak wajar diabaikan. Sehubungan itu, orang ramai disarankan menjalani saringan kesihatan menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. – RELEVAN

    Previous ArticleAzam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang
    Next Article Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.