Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    By Umi FatehahDecember 30, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula. - GAMBAR HIASAN AARON BURDEN/UNSPLASH

    SETIAP kali tahun baharu menjelma, ada rasa yang sukar dijelaskan akan bermain di fikiran. Bukan hanya bertukar kalendar tetapi ia memberi ruang untuk menilai semula kehidupan masing-masing. 

    Kebanyakan orang lebih sibuk mengenai azam dan sasaran tanpa menyentuh perkara paling iaitu cara berfikir. Hakikatnya, perubahan tidak bermula tanpa perubahan kepada mindset. 

    Mindset penentu hidup

    Menurut Innertune, mindset berfungsi seperti penapis dalam kehidupan. Ia mempengaruhi kepercayaan, tindakan harian, serta keputusan yang kita buat setiap hari. 

    Jika minda kita sentiasa dipenuhi ayat seperti ‘aku memang tak pandai’, ‘aku tak akan berjaya’ atau ‘rezeki aku memang begini’ – kita sudah menghalang peluang sebelum ia sempat muncul.

    Perlu diingatkan mindset yang terbuka dan mahu menjadi lebih baik tidak menjanjikan hidup tanpa masalah. Tetapi ia permulaan untuk membina keupayaan dan menghadapi cabaran tanpa mudah mengalah. Ayat seperti ‘aku boleh belajar’ atau ‘aku boleh cuba lagi’ mungkin kedengaran ringkas, namun kesannya sangat besar dalam jangka panjang.

    Ini jelas kelihatan dalam isu wang, hubungan dan keyakinan diri. Sebenarnya ramai terperangkap dengan kitaran dan kepercayaan negatif yang terbentuk tanpa sedar. Tanpa disedari, kepercayaan inilah yang mengawal keputusan masing-masing setiap hari.

    Langkah pertama bukan memaksa diri jadi positif tetapi menyedari dialog dalaman sendiri.

    Mindset keyakinan

    Mindset keyakinan bukan bermaksud yakin 100 peratus setiap masa. Ia lebih kepada kepercayaan bahawa diri sendiri mampu belajar, bangkit dan menyesuaikan diri walaupun tidak sempurna. 

    Orang yang memiliki mindset ini tidak menunggu rasa cukup bersedia untuk bertindak tetapi bergerak sambil belajar. Keyakinan bukan sifat semula jadi. Ia dibina melalui pengalaman dan keberanian mencuba.

    Tanda keyakinan diri rendah

    Keyakinan diri yang rendah sering hadir secara senyap. Antaranya:

    • Terlalu takut membuat kesilapan
    • Kerap menangguhkan keputusan
    • Sentiasa membandingkan diri dengan orang lain
    • Meragui kebolehan sendiri walaupun sudah berusaha

    Apabila dibiarkan, corak ini mengecilkan potensi diri. Bukan kerana tidak mampu tetapi disebabkan tidak percaya bahawa kita mampu. 

    Cara membina mindset lebih sihat tahun ini

    Perubahan mindset tidak berlaku dalam sehari. Ia dibentuk melalui tindakan kecil yang konsisten.

    1. Perhatikan cara anda bercakap dengan diri sendiri

    Nada suara dalaman anda penting. Jika terlalu keras, ia melemahkan. Jika terlalu lembut tanpa tindakan, ia melalaikan.

    1. Cabar kepercayaan lama yang membataskan

    Setiap kali terlintas ayat ‘aku tak boleh’, tanya semula pada diri sendiri, adakah ini fakta atau ketakutan?

    1. Gunakan afirmasi yang realistik

    Afirmasi tidak perlu bombastik, cukup jujur dengan keadaan diri. Seperti mengingatkan diri, ‘Aku masih belajar dan usaha untuk hari ini sudah mencukupi.’

    1. Ambil tindakan kecil, bukan perubahan drastik

    Keyakinan tumbuh melalui pergerakan. Langkah kecil yang konsisten lebih kuat daripada semangat besar yang cepat padam.

    Mindset menentukan arah, bukan takdir

    Mindset yang sihat tidak menjanjikan hidup mudah tetapi ia membantu kita membuat keputusan yang lebih baik. Sama ada dalam kerjaya, kewangan, hubungan atau pembangunan diri, cara berfikir akan sentiasa mempengaruhi hasil. – RELEVAN

    Previous ArticleBerwaspada bila susut berat badan
    Next Article Senarai cuti umum 2026

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.