Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

    10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

    By Umi FatehahDecember 29, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    10 pekerjaan permintaan tinggi 2026. - GAMBAR HIASAN LUCA BRAVO/UNSPLASH

    DALAM dunia pekerjaan yang dipacu teknologi, data dan keperluan kesihatan, pemilihan kerjaya tidak lagi boleh dipandang sebelah mata. Pelajar, graduan dan golongan profesional kini perlu lebih peka terhadap hala tuju pasaran kerja agar tidak terperangkap dalam bidang yang semakin mengecil atau kurang relevan.

    Menurut Bureau of Labor Statistics (BLS), Amerika Syarikat, terdapat ratusan pekerjaan yang diunjurkan berkembang pesat dalam tempoh sedekad akan datang. Berdasarkan data sehingga April 2025, beberapa jawatan mencatat kadar pertumbuhan jauh melebihi purata.

    Walaupun data ini berasaskan pasaran Amerika Syarikat, trend yang sama akan memberi kesan kepada Malaysia, terutamanya dalam sektor teknologi, kewangan dan kesihatan yang kini berkembang seiring ekonomi digital.

    Berikut ialah 10 pekerjaan permintaan tinggi yang wajar dipertimbangkan menjelang tahun 2026.

    1. Saintis Data

    Saintis data menganalisis set data berskala besar untuk membantu organisasi membuat keputusan strategik. Mereka membangunkan model ramalan, algoritma dan menggunakan teknik pembelajaran mesin bagi mengenal pasti corak dalam data.

    Di Malaysia, permintaan terhadap saintis data semakin meningkat dalam sektor e-dagang, perbankan digital, fintech dan syarikat teknologi.

    Gaji median (AS): AS$112,590 (RM456,000 setahun)

    Pertumbuhan pekerjaan: 36 peratus

    Keperluan: Ijazah Sarjana Muda

    1. Penganalisis Keselamatan Maklumat

    Penganalisis keselamatan maklumat bertanggungjawab melindungi sistem, rangkaian dan data organisasi daripada ancaman siber. Mereka memantau risiko, menguji tahap keselamatan serta membangunkan polisi perlindungan maklumat.

    Jawatan ini semakin kritikal di Malaysia, khususnya dalam institusi kewangan, telekomunikasi dan agensi kerajaan.

    Gaji median (AS): AS$124,910 (RM506,000 setahun)

    Pertumbuhan pekerjaan: 33 peratus

    Keperluan: Ijazah dan pengalaman tiga hingga lima tahun

    1. Penganalisis Penyelidikan Pasaran

    Penganalisis penyelidikan pasaran membantu syarikat memahami tingkah laku pengguna, trend pasaran dan persaingan industri. Mereka mengumpul serta mentafsir data bagi menentukan potensi produk atau perkhidmatan baharu.

    Di Malaysia, jawatan ini banyak ditawarkan dalam syarikat Fast-Moving Consumer Goods (FMCG), agensi pemasaran dan syarikat media.

    Gaji median (AS): AS$76,950 (RM312,000 setahun)

    Pertumbuhan pekerjaan: 8 peratus

    Keperluan: Ijazah Sarjana Muda

    1. Pengurus Kewangan

    Pengurus kewangan mengurus aliran wang, perbelanjaan dan perancangan kewangan sesebuah organisasi. Mereka turut terlibat dalam keputusan strategik jangka panjang demi kestabilan kewangan syarikat.

    Kerjaya ini kekal kukuh di Malaysia, terutamanya dalam syarikat korporat, GLC dan institusi kewangan.

    Gaji median (AS): AS$161,700 (RM655,000 setahun)

    Pertumbuhan pekerjaan: 17 peratus

    Keperluan: Ijazah dan pengalaman lima tahun

    1. Pengurus Teknologi Maklumat

    Pengurus IT memastikan sistem teknologi sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Mereka mengurus infrastruktur IT, bajet teknologi serta perancangan sistem jangka panjang.

    Dengan pendigitalan perniagaan yang pesat di Malaysia, peranan ini semakin diperlukan merentas industri.

    Gaji median (AS): AS$171,200 (RM694,000 setahun)

    Pertumbuhan pekerjaan: 17 peratus

    Keperluan: Ijazah dan pengalaman luas

    1. Pembangun Perisian

    Pembangun perisian membina aplikasi, sistem dan platform digital yang digunakan seharian. Mereka perlu menguasai bahasa pengaturcaraan serta memahami keperluan pengguna.

    Di Malaysia, permintaan tinggi datang daripada syarikat teknologi, startup dan bank digital.

    Gaji median (AS): AS$130,450 (RM528,000 setahun)

    Pertumbuhan pekerjaan: 17 peratus

    Keperluan: Ijazah Sarjana Muda

    1. Pembangun Laman Web

    Pembangun Laman Web bertanggungjawab membangunkan dan menyelenggara laman web. Mereka boleh berkhidmat sebagai front-end, back-end atau full-stack developer.

    Kerjaya ini popular kerana peluang untuk bekerja bebas (freelance) dan kerja jarak jauh yang.

    Gaji median (AS): AS$95,380 ( RM386,000 setahun)

    Pertumbuhan pekerjaan: 8 peratus

    Keperluan: Ijazah Sarjana Muda

    1. Pakar Statistik

    Ahli statistik menggunakan kaedah matematik dan data untuk menyelesaikan masalah serta membuat ramalan. Mereka diperlukan dalam bidang kewangan, kesihatan dan penyelidikan.

    Gaji median (AS): AS$104,350 (RM422,000 setahun)

    Pertumbuhan pekerjaan: 11 peratus

    Keperluan: Ijazah Sarjana

    1. Pembantu Perubatan

    Pembantu perubatan membantu doktor dan jururawat dalam urusan klinikal serta pentadbiran, termasuk mengambil sejarah pesakit dan membantu rawatan asas.

    Dengan peningkatan keperluan penjagaan kesihatan, jawatan ini kekal relevan di Malaysia.

    Gaji median (AS): AS$44,200 (RM179,000 setahun)

    Pertumbuhan pekerjaan: 15 peratus

    Keperluan: Sijil profesional atau latihan kerja

    1. Kaunselor Penyalahgunaan Bahan Terlarang

    Kaunselor ini membantu individu yang bergelut dengan ketagihan dadah atau alkohol melalui sesi kaunseling individu atau berkumpulan. Mereka memerlukan empati dan kemahiran komunikasi yang tinggi.

    Gaji median (AS): AS$59,190 (RM240,000 setahun)

    Pertumbuhan pekerjaan: 19 peratus

    Keperluan: Ijazah Sarjana

    Walaupun angka gaji ini berdasarkan pasaran Amerika Syarikat, ia memberi gambaran jelas tentang nilai kemahiran dan arah permintaan global. Di Malaysia, gaji sebenar mungkin berbeza, namun bidang seperti teknologi, data, kewangan dan kesihatan dijangka terus berkembang. – RELEVAN

    Previous ArticleTrik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros
    Next Article Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.