Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

    Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 29, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros. GAMBAR HIASAN CANVA

    RAMAI tidak menyedari bahawa sikap boros bermula daripada pembelian sekecil-kecil barang tanpa berfikir panjang. Lebih membimbangkan, sikap ini sering didorong dengan satu “mindset” atau kepercayaan yang ramai amalkan demi menyedapkan hati sendiri iaitu “lebih baik membeli daripada menyesal di kemudian hari”.

    Hakikatnya, penyesalan sebenar berlaku selepas pembelian dibuat. Bagi mengelakkan perbelanjaan secara impulsif berlaku lebih kerap, Wisdom Wealth berkongsi satu kaedah mudah dan berkesan iaitu peraturan RM100.

    Apa itu peraturan RM100 ?

    Peraturan RM100 merupakan teknik pengurusan kewangan yang boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, hanya perlu kesedaran tentang literasi kewangan demi mengubah hidup lebih aman.

    Secara ringkasnya, jika harga sesuatu barang mencecah RM100 atau lebih, tangguhkan pembelian selama 24 jam sebelum melakukan pembayaran.

    Melalui tempoh penangguhan ini, ia dapat memberi ruang untuk berfikir secara masak-masak sekiranya barang tersebut adalah keperluan atau kehendak semata-mata.

    Bagaimana boleh terjerumus dengan pembelian impulsif?

    Satu kajian membuktikan pembelian impulsif berlaku dalam tempoh beberapa minit . Agenda pemasaran menerusi promosi seperti “jualan kilat” atau “diskaun pada hari ini sahaja” mewujudkan dopamin iaitu keinginan untuk kepuasan diri. Pada saat itu, pemikiran rasional dalam diri semakin lemah mengakibatkan keputusan untuk membeli dibuat berdasarkan emosi.

    Mengapa RM100 patut diaplikasikan?

    Menurut laporan pendapatan isi rumah bank negara Malaysia, rakyat Malaysia cenderung berbelanja secara berlebihan pada barang yang tidak penting kira-kira dalam lingkungan RM50 sehingga RM200.

    Malah, kategori perbelanjaan tersebut berkembang dua hingga empat kali ganda lebih pantas daripada kadar inflasi. Oleh sebab itu, ramai hilang pendapatan dalam sekelip mata kerana berpunca daripada tabiat pembelian kecil yang kerap seperti berikut.

    • Pakaian berharga RM129
    • Produk penjagaan kulit mencecah RM159
    • Barang edisi terhad berjumlah RM199
    Kesan “cooling off” selepas 24 jam

    Penangguhan pembelian turut dikenali sebagai kesan penyejukan emosi (cooling-off effect). Ia hanya memerlukan tempoh 24 jam untuk beri ruang emosi lebih stabil, keinginan untuk membeli berkurang dan sebarang keputusan dilakukan secara rasional.

    Dari kebanyakan situasi, barang yang ingin dibeli pada sesuatu masa tidak lagi dirasakan penting pada keesokan harinya. Bagaimanapun, jika masih teringat-ingat setelah tempoh 24 jam, boleh soal diri dengan tiga soalan berikut.

    • Adakah barang ni digunakan setiap minggu ?
    • Adakah ia menggantikan sesuatu yang rosak ?
    • Adakah ia benar-benar menyelesaikan masalah peribadi ?

    Jika jawapannya “tidak” bagi ketiga-tiga soalan itu, besar kemungkinan keputusan itu hanya didorong oleh emosi dan nafsu.

    Peraturan RM100 benar-benar berkesan ?

    Kajian oleh National Endowment for Financial Education (NEFE) mendapati individu yang mengamalkan peraturan penangguhan perbelanjaan seperti kaedah peraturan RM100, mampu meningkatkan simpanan bulanan antara 20 hingga 30 peratus.

    Peraturan tersebut tidak menghalang seseorang dari berbelanja, malah ia mendidik seseorang untuk lebih bijak ketika berbelanja. -RELEVAN

    Previous Article5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung
    Next Article 10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.