Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 19, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap. GAMBAR HIASAN CANVA

    TAHUKAH anda, tahi mata sebenarnya baik untuk kesihatan mata. Ini kerana tahi mata terbentuk daripada campuran mukus, minyak, sel kulit mati dan sisa kotoran lain yang terkumpul di tepi mata. Ketika berjaga, mata sentiasa berkelip dan diliputi air mata yang berfungsi membersihkan kawasan mata daripada habuk serta kuman.

    Sebaliknya sewaktu tidur, mata tidak berkelip dan tertutup untuk tempoh yang lama. Keadaan ini menyebabkan sisa kotoran yang biasanya disingkirkan terkumpul dan mengeras di bahagian sudut mata lalu membentuk tahi mata.

    Manfaat tahi mata

    Menurut pakar, kewujudan tahi mata dalam kuantiti sedikit adalah normal. Malah ia membantu dari pelbagai aspek termasuk perkara berikut.

    • Menghalang bahan berbahaya daripada memasuki kawasan mata.
    • Melindungi mata daripada penyakit.
    • Pembentukan tahi mata merupakan sistem semula jadi demi mata kekal sihat.
    Adakah tahi mata boleh memberi kesan buruk? 

    Walaupun sudah menjadi kebiasaan untuk mendapat tahi mata setiap hari, tidak mustahil ia juga boleh menjadi petunjuk masalah kesihatan mata sekiranya terdapat tanda berikut.

    • Jumlahnya terlalu banyak dari sedia kala.
    • Berwarna kuning atau hijau.
    • Penglihatan menjadi lebih kabur dan mata rasa pedih.

    Jika anda sedang mengalami tanda-tanda ini perlu segera lakukan pemeriksaan doktor. Ini kerana berkemungkinan besar anda menghidapi jangkitan mata.

    Antara punca tahi mata berlebihan dari biasa
    • Jangkitan kuman

    Tahi mata yang banyak dan berwarna kehijauan dan kekuningan boleh berlaku ketika sedang jatuh sakit.

    • Alahan mata

    Individu yang mempunyai sejarah alahan dan kerap menggosok mata berpotensi untuk mendapat tahi mata yang banyak dari sedia kala.

    • Penggunaan kanta lekap

    Pemakaian kanta lekap terlalu lama atau tidak bersih mengakibatkan mata menjadi tidak selesa dan membentuk lebih banyak tahi mata.

    • Saluran air mata tersumbat

    Apabila saluran air mata tersumbat, tahi mata berkumpul di bahagian “lacrimal sac” (kantung kecil di bahagian sudut mata). Situasi ini menyebabkan mata menjadi bengkak dan sentiasa berair.

    Panduan mengelakkan jangkitan mata
    • Elakkan menyentuh atau menggosok mata.
    • Kerap cuci tangan.
    • Elakkan pemakaian kanta lekap jika mata mula rasa tidak selesa.
    • Elakkan pemakaian alat solekan di bahagian mata seperti maskara atau pensil mata.
    • Jauhi kawasan berhabuk atau tercemar.
    Penjagaan mata 

    Sesiapa sahaja boleh terkena jangkitan mata tanpa mengira usia. Antara masalah kesihatan mata yang sering berlaku seiring peningkatan umur ialah katarak dan glukoma. Oleh itu, pemeriksaan doktor secara berkala amat digalakkan.

    Pemakanan seimbang juga membantu mengekalkan kesihatan mata. Antara makanan yang boleh diamalkan kerana kandungannya yang baik untuk mata adalah seperti berikut.

    • Sayur hijau seperti bayam dan sawi.
    • Buah-buahan seperti oren, tembikai, betik dan pisang. -RELEVAN
    Previous ArticleAzam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    Next Article Cara elak duit habis sebelum masanya

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.