Facebook Twitter
    Trending
    • Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu
    • 6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus
    • 10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir
    • Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini
    • Kenali siren banjir
    • Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan
    • Red flag awal serangan jantung
    • 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025

      Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

      November 24, 2025

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025
    • Kewangan

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025
    • Pendidikan

      10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

      November 25, 2025

      Kenali siren banjir

      November 24, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    By Umi FatehahNovember 26, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu. - GAMBAR HIASAN RDNE/PEXELS

    HARI gaji adalah hari yang mana semua orang tiba-tiba berasa kaya. Lihat sahaja jumlah wang di akaun simpanan, senyum tak lekang di bibir, fikiran rasa tenang, penat kerja sebulan seperti hilang sekelip mata.

    Seperti selalunya, status kaya selepas gaji adalah sementara. Kalau tidak diurus dengan baik, kegembiraan itu akan bertukar kepada tekanan.

    Menurut Medium, ada beberapa langkah penting yang sepatutnya dibuat dahulu.

    1. Simpan demi masa depan

    Sebaik menerima gaji, pindahkan 20 hingga 30 peratus ke dalam akaun simpanan atau pelaburan. Langkah ini bukan sahaja menunjukkan anda bijak mengurus kewangan tetapi mementingkan kelangsungan hidup pada masa hadapan.

    Jika jumlah itu terasa berat, masukkan jumlah semampunya. RM100, RM50 bahkan RM20 tidak mengapa. Apa yang penting ialah disiplin dan konsisten setiap bulan.

    1. Hutang dunia, langsai di dunia

    Hutang berfaedah tinggi seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan ansuran jangka pendek antara punca utama kenapa simpanan lambat bertambah serta duit cepat habis. Semakin lama ia dibiarkan, semakin mahal anda membayar kosnya pada masa depan.

    Hari gaji adalah masa terbaik untuk mengurangkan beban ini. Utamakan hutang-hutang kecil atau yang berfaedah tinggi. Walaupun dengan menambah RM20 atau RM50 kepada bayaran minimum, ia mempercepatkan proses pelangsaian dan mengurangkan faedah yang terkumpul.

    1. Siasat perbelanjaan bulan sebelumnya

    Ramai orang tidak sedar ke mana duit mereka habis. Bukan kerana mereka boros tetapi kerana gagal menjejak perbelanjaan. Luangkan 10 minit untuk menilai semula transaksi pada bulan lalu. 

    Berapa banyak belanja makan luar? Perbelanjaan impulsif? Pembaziran langganan yang tidak digunakan?

    Dengan melihat data sebenar, anda akan tahu corak perbelanjaan yang perlu diperbaiki. 

    1. Bina bajet bulanan dan disiplin

    Selepas menjejak setiap perbelanjaan, sediakan bajet bulanan yang tersusun dan tepat. Pastikan bajet itu realistik, bukan sekadar angan-angan. Masukkan semua komitmen seperti makan, petrol, tol, bil utiliti, belanja keluarga, penjagaan diri dan simpanan peribadi.

    Pegang satu prinsip mudah. Hanya belanjakan apa yang sudah dirancang. Kalau sesuatu barangan itu tidak termasuk dalam bajet, jangan beli. 

    1. Tambah simpanan kecemasan

    Ramai yang mempunyai simpanan tetapi tidak ramai yang ada simpanan kecemasan. Tabung kecemasan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji. Jika anda belum mencapai simpanan kecemasan, jangan tunggu keadaan terdesak baru mahu mulakannya. Bulan ini, mulakan walaupun jumlahnya kecil.

    Sasaran jangka panjang mungkin kira-kira RM5,000 atau RM10,000. Mulakan dengan RM100 sudah memadai.

    1. Beli barangan keperluan secara pukal jika mampu

    Langkah ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang tetapi membeli barang asas secara pukal boleh menjimatkan kos jangka panjang. Harga barang seperti beras, minyak, sabun, tisu, lampin bayi, barang dapur biasanya lebih rendah apabila dibeli dalam kuantiti besar.

    Selain berjimat, ia mengurangkan kekerapan ke kedai sekali gus mengurangkan perbelanjaan impulsif.

    1. Dana hiburan

    Anda memerlukan ruang untuk menikmati hidup. Masukkan sedikit peruntukan untuk keinginan kecil seperti menonton wayang atau membeli sesuatu yang menggembirakan anda.

    Jumlahnya tidak perlu mewah tetapi kesannya sangat besar kepada kesejahteraan emosi. Ia juga mengelakkan anda daripada berbelanja keterlaluan akibat stres.

    Hari gaji bukan sekadar masa untuk berbelanja tetapi peluang untuk mengukuhkan kewangan anda. Dengan langkah yang betul, setiap ringgit dapat dibelanjakan dengan bermanfaat dan hidup anda menjadi jauh lebih stabil dari bulan ke bulan. – RELEVAN

    featured gaji kewangan

    Artikel berkaitan

    6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

    November 26, 2025

    10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

    November 25, 2025

    Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

    November 25, 2025

    Kenali siren banjir

    November 24, 2025

    Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

    November 24, 2025

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025
    Artikel Terkini

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025

    6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

    November 26, 2025

    10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

    November 25, 2025

    Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

    November 25, 2025

    Kenali siren banjir

    November 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.