Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mula jual produk sendiri sejak 12 tahun, ini kisah perniagaan Elon Musk

    Mula jual produk sendiri sejak 12 tahun, ini kisah perniagaan Elon Musk

    By Umi FatehahApril 7, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DALAM dunia perniagaan dan teknologi, nama Elon Musk tidak lagi asing. Walaupun statusnya hanya sebagai teknokrat dan ahli perniagaan, dia lebih popular daripada selebriti dan lebih berpengaruh daripada ahli politik.  

    Baru-baru ini, Musk telah melakukan sesuatu yang dianggap mustahil apabila berjaya mengatasi nilai kekayaan pengasas Amazon, Jeff Bezos sekali gus meraih gelaran orang terkaya dunia dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2022.

    Setakat 7 April 2022, nilai kekayaan Musk mencecah AS$219 bilion (RM923.5 bilion). Bezos pula mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$171 bilion (RM721 bilion).

    Relevan membawa anda bersama menelusuri kisah di sebalik kejayaan individu dengan seribu idea futuristik ini, dari awal usianya sehinggalah kini menjadi manusia terkaya dalam dunia.

    Permulaan empayar perniagaan

    Elon Musk mula menjual hasil rekaannya seawal umur 12 tahun.  Dia bekerja keras menghasilkan kod bagi sebuah permainan video dan menerima AS$500 (RM2,109.15) tunai hasil jualan permainan tersebut. 

    Selepas rangkaian internet mula menguasai dunia, Musk dan abangnya, Kimbal membangunkan syarikat Zip2 yang berperanan mencipta perisian panduan bandar untuk syarikat akhbar dalam talian. Lima tahun kemudian iaitu pada 1999, Compaq Computer Corporation membeli Zip2 dengan harga AS$300 juta (RM1.27 bilion).

    Namun, Musk tidak duduk diam menikmati kekayaannya sahaja.  Dia membuat keputusan untuk menguruskan kekayaannya dengan baik dan menubuhkan bank dalam talian, X.com pada tahun sama yang kemudiannya digabungkan dengan syarikat perisian, Confinity pada 2000 untuk membentuk PayPal.  Dua tahun kemudian, eBay membeli PayPal dengan harga AS$1.5 bilion (RM6.33 bilion).  

    SpaceX

    Menjelang 2001, Musk mula berminat dengan penerokaan angkasa lepas.  Dia mula membuat projek yang dinamakan Mars Oasis.  Mars Oasis merupakan projek eksperimen rumah hijau mini yang bertujuan menguji kemampuan tumbuhan untuk hidup di planet Marikh. Benih tumbuhan di dalam gel ternyahhidrat disimpan di dalam rumah hijau mini tersebut sebelum ia dihantar ke Marikh. 

    Mars Oasis dilaksanakan untuk menjadikan penerokaan angkasa lepas sebagai tarikan utama masyarakat.  Dia cuba memulakan projek ini dengan bantuan pakar dan pereka aeroangkasa Rusia tetapi gagal meyakinkan mereka.  Musk kemudiannya mengambil alih dan melancarkan SpaceX sendiri.

    Selepas empat tahun SpaceX ditubuhkan, Musk mula menjalinkan kerjasama dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).  Pada 2012,  SpaceX Dragon menjadi kapal angkasa pertama yang dibina secara komersial untuk dilancarkan dan diletakkan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). 

    Tesla

    Tesla pada awalnya adalah sebuah syarikat kereta yang dibentuk oleh Martin Eberhard dan Marc Tarpenning.  Pada 2014, syarikat itu sedang mencari pembiayaan Siri A.  Musk memutuskan untuk menyahut cabaran itu dan menyediakan wang untuk Tesla serta menyertai lembaga pengarah syarikat sebagai pengerusi.

    Bermula dengan pembiayaan, Musk kemudiannya melibatkan diri dengan lebih aktif dalam syarikat itu. Walaupun tidak terlibat dengan banyak operasi harian, dia menyelia pembangunan Roadster dan kenderaan lain.  Selepas pemergian Eberhard, Elon mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pada 2008.

    Pada tahun yang sama, model pertama Tesla Roadster membuat penampilan sulungnya. Tesla mula mencipta pelbagai model kenderaan elektrik dengan lebih giat.  Saban tahun, nilai kekayaan Musk meningkat dan Tesla merupakan faktor terbesar kepada peningkatan harta pemiliknya. 

    Elon Musk mungkin dijulang tinggi sebagai adiwira untuk sesetengah pihak dan ada juga yang melihatnya sebagai antagonis. Namun, satu perkara yang tidak dapat dinafikan, Musk bekerja keras dalam usahanya membina kekayaan sehingga sampai ke tahapnya sekarang.   Siapa sangka, dengan inisiatif mencipta permainan video pada umur 12 tahun, kekayaannya membesar sehingga menjadi antara teknokrat terpenting dunia. – RELEVAN

     

    Previous ArticleBelanja raya jangan sampai pokai, pakar kewangan ini kongsi 5 tip
    Next Article 11,994 kes baharu dicatatkan, kategori 1 merekodkan jumlah tertinggi

    Artikel berkaitan

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.