Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    By Umi FatehahOctober 15, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    MATAHARI berada di tengah, lapan planet beredar mengelilinginya – ini antara apa yang diajar dalam buku teks sains. 

    Ia kedengaran seperti fakta asas yang sudah lama diketahui. Namun, sekitar 400 tahun dahulu, kepercayaan manusia berbeza sama sekali. Ketika itu, ramai yang percaya bahawa bumi ialah pusat alam semesta dan segala yang lain beredar di sekelilingnya.

    Seorang lelaki bernama Galileo Galilei berani mempersoalkan kepercayaan itu. Dengan menggunakan teleskop ciptaannya sendiri, beliau menemui bukti bahawa bumi sebenarnya bergerak mengelilingi matahari. 

    Penemuan tersebut bukan sahaja mengubah pandangan manusia terhadap alam semesta tetapi juga menjadi titik tolak kepada kemajuan Sains moden.

    Kehidupan awal dan minat terhadap ilmu

    Galilei dilahirkan di Pisa, Itali pada 1564. Sejak kecil lagi, beliau menunjukkan minat mendalam terhadap ilmu pengetahuan dan cara dunia berfungsi. Pada mulanya, beliau belajar perubatan di Universiti Pisa mengikut kehendak ayahnya namun minatnya lebih tertumpu kepada matematik dan fizik.

    Beliau sering memerhati benda-benda di sekeliling dan mencari jawapan di sebalik fenomena yang dianggap biasa oleh orang lain. Contohnya, beliau mengkaji bagaimana objek jatuh dari ketinggian berbeza dan bagaimana pergerakan itu boleh dijelaskan secara matematik. Kajian ini kemudian menjadi asas kepada konsep hukum gerakan dalam fizik.

    Teleskop dan penemuan luar biasa

    Pada 1609, Galilei mendengar tentang alat optik baharu yang mampu membesarkan objek jauh iaitu teleskop. Beliau tidak sekadar tertarik malah membina versinya sendiri dengan pembesaran yang lebih baik. 

    Teleskop ciptaan Galileo Galilei

    Apabila menghalakan teleskop itu ke langit, beliau melihat pemandangan yang tidak pernah disaksikan manusia sebelum ini.

    Galileo menemui bahawa bulan mempunyai gunung dan lembah, planet Musytari (Jupiter) mempunyai empat bulan yang mengelilinginya dan Zuhrah (Venus) mempunyai fasa seperti bulan. 

    Semua penemuan ini menunjukkan bahawa bukan semua benda beredar mengelilingi bumi. Ia membuktikan teori heliosentrik yang dikemukakan oleh Nicolaus Copernicus bahawa matahari ialah pusat sistem suria.

    Pertentangan dengan gereja

    Namun, keberanian Galilei membawa padah. Pada zaman itu, pihak gereja sangat berpengaruh dan menganggap teori bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari sebagai ajaran sesat. Galilei dipanggil untuk disoal siasat dan akhirnya dihukum tahanan di rumah sepanjang hayatnya.

    Walaupun dikurung, beliau tidak berhenti menulis dan berkongsi ilmu. Galilei terus menghasilkan karya penting seperti Dialogue Concerning the Two Chief World Systems yang menjadi rujukan utama dalam bidang astronomi dan fizik.

    Legasi seorang pencari kebenaran

    Galilei akhirnya meninggal dunia pada 1642 tetapi sumbangannya terus diingati hingga kini. Beliau sering digelar sebagai Bapa Sains Moden kerana pendekatannya yang berasaskan pemerhatian, eksperimen dan bukti. Kesemua itu merupakan asas kepada kaedah saintifik yang masih relevan digunakan hingga hari ini.

    Kisah hidup Galilei mengajar kita bahawa ilmu pengetahuan tidak akan berkembang tanpa keberanian untuk bertanya dan mencabar kebiasaan. Kadangkala, mencari kebenaran memerlukan keteguhan hati. 

    Seperti apa yang dihadapi oleh Galilei, bukan semua orang akan memahami apa yang kita lihat apabila kita berani memandang lebih jauh daripada orang lain. – RELEVAN

    Previous ArticlePernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?
    Next Article 6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.