Facebook Twitter
    Trending
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

    Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 25, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu. GAMBAR HIASAN KOSMO!

    PELAKSANAAN inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kini membolehkan rakyat Malaysia yang layak menikmati petrol RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan. Kuota ini akan diperbaharui setiap awal bulan bagi memastikan pengguna terus menikmati harga lebih berpatutan.

    Mengenai BUDI95

    BUDI95 merupakan skim subsidi petrol RON95 bersasar yang diperkenalkan kerajaan khusus untuk warganegara Malaysia. Tujuannya adalah bagi mengagihkan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan dan memastikan manfaatnya sampai kepada semua rakyat.

    Melalui pelaksanaan ini, rakyat Malaysia terus dapat membeli petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter hanya dengan menggunakan MyKad. Penjimatan daripada menangani ketirisan akan diagihkan untuk program yang memanfaatkan rakyat seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

    Mengapa had 300 liter?

    Purata penggunaan rakyat hanya 80 liter sebulan. Namun, had 300 liter ditetapkan demi menampung variasi penggunaan dan elak penyalahgunaan, termasuk penyeludupan atau penggunaan komersial besar-besaran.

    Boleh isi minyak lebih dari had?

    Ya, tetapi harga pasaran biasa akan dikenakan bagi pembeli selepas kuota 300 liter digunakan. Kuota baharu akan diperbaharui secara automatik pada awal bulan berikutnya.

    Bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had 300 liter dan boleh memohon kuota lebih tinggi mengikut keperluan.

    Syarat kelayakan

    Semua warganegara Malaysia dengan lesen memandu aktif layak untuk menikmati BUDI95. Pemegang MyKad diperlukan untuk pengesahan ketika pembelian.

    Cara semak kelayakan
    1. Layari www.budimadani.gov.my 
    2. klik BUDI MADANI RON95
    3. Semak Kelayakan Individu
    4. masukkan nombor MyKad.
    Cara pembayaran minyak petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 / satu liter

    Buat pengesahan dengan MyKad di stesen minyak dan bayar mengikut kaedah pilihan anda. Anda boleh mengikut langkah membuat pembayaran BUDI95 mengikut kaedah transaksi berikut:

    Terminal pam minyak
    1. Hanya perlu masukkan MyKad di mesin untuk pengesahan.
    2. Masukkan jumlah isian dalam ringgit Malaysia.
    3. Buat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit dengan sentuh pada mesin.
    4. Cetak resit dan semak untuk baki kuota.
    5. Isi minyak seperti biasa.
    Kaunter pembayaran stesen minyak
    1. Kemukakan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
    2. Maklumkan kepada kakitangan, nombor pam dan jumlah petrol RON95 yang ingin dibeli. Contohnya sebanyak RM10, RM20 atau RM50.
    3. Terminal akan memaparkan kod respons pantas (QR) atau butiran transaksi yang perlu dimasukkan ke sistem tempat jualan (POS) stesen minyak tersebut.
    4. Bayar mengikut jumlah dingini dan dapatkan resit untuk melihat baki kuota.
    5. Pam diaktifkan dan boleh teruskan mengisi minyak.
    Aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet dan syarikat minyak
    1. Lakukan e-KYC sekali sahaja untuk membenarkan fungsi BUDI95.
    2. Untuk transaksi seterusnya, anda disahkan layak dan mempunyai baki kelayakan BUDI95.
    3. Pilih stesen minyak dan nombor pam.
    4. Pilih jumlah minyak RON95 yang ingin dibeli
    5. Kemukakan kod QR di aplikasi kepada juruwang untuk diimbas sebagai bukti pembayaran. Jika fungsi tersebut tidak disokong, juruwang perlu memasukkan butiran pembelian seperti tertera di aplikasi pelanggan.
    6. Pam diaktifkan dan boleh teruskan mengisi minyak.
    Aduan dan bantuan

    Sekiranya menghadapi masalah, aduan boleh dibuat melalui 

    • laman web www.budimadani.gov.my 
    • Talian Khidmat Pelanggan: 1300-88-9595

    Sediakan maklumat berikut untuk memudahkan penyelesaian isu:

    • Resit pembelian
    • Nombor rujukan
    • Nama dan alamat stesen minyak
    • Gambar paparan jumlah di pam
    • Gambar atau tangkap layar mesej ralat di paparan pam atau aplikasi
    • Lain-lain butiran yang berkenaan

    Pembelian petrol melalui BUDI95 akan bermula berkuat kuasa pada 30 September 2025. Semua rakyat Malaysia dengan lesen yang aktif bakal menikmati harga petrol RON95 bersubsidi dengan lebih mudah mengikut panduan yang telah disediakan. -RELEVAN

    Previous ArticleSatu kad yang membawa pelbagai rahmat
    Next Article Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

    Artikel berkaitan

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026
    Artikel Terkini

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.