Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

    Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 24, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Satu kad yang membawa pelbagai rahmat. GAMBAR HIASAN UTUSAN

    MyKad kini menjadi tumpuan selepas kerajaan mengumumkan program BUDI95 yang membolehkan kira-kira 16 juta dapat mendapatkan minyak pada harga RM1.99. 

    Penggunaan kad pengenalan dalam mengagihkan subsidi adalah usaha penting kerajaan dalam meluaskan pembahagian subsidi kepada golongan yang layak.

    Mengapa MyKad?

    Kad pengenalan adalah bukti identiti setiap rakyat Malaysia. Ia kini berfungsi sebagai ‘kunci’ untuk memastikan subsidi hanya dinikmati warga tempatan yang layak. Melalui sistem ini,  rakyat dapat menikmati harga petrol pada kadar subsidi, manakala warga asing dan syarikat besar dikecualikan daripada menerima kemudahan itu. 

    Pakar ekonomi menyifatkan penggunaan MyKad untuk menapis penerima subsidi sebagai langkah berperingkat yang bijak. Kaedah ini membantu kerajaan menyalurkan bantuan dengan lebih efisien dan mengurangkan pembaziran dana negara yang sebelum ini menampung subsidi menyeluruh tanpa mengira pendapatan. 

    Lebihan dana yang diperoleh boleh dialihkan ke sektor penting seperti pendidikan, kesihatan atau pembangunan infrastruktur demi manfaat rakyat.

    Manfaat MyKad untuk memudahkan rakyat

    MyKad menawarkan pelbagai kemudahan tambahan yang menjadikannya platform serba guna. MyKad mengandungi cip pintar yang menyimpan maklumat peribadi dengan selamat selain memudahkan pengesahan identiti secara automatik. 

    MyKad menyediakan pelbagai kemudahan seperti akses pembayaran tol dan pengangkutan awam melalui gabungan sistem sedia ada serta memudahkan rakyat menerima subsidi tanpa memerlukan kad tambahan atau proses pendaftaran rumit.

    Petanda baik kepada pasaran

    Keputusan kerajaan dalam melaksanakan BUDI95 diterima baik oleh pasaran kerana ia akan mengurangkan perbelanjaan subsidi negara. 

    Penganalisis melihat ia usaha kerajaan bagi mengurangkan bebanan subsidi kepada kewangan negara. 

    Agensi penarafan antarabangsa seperti S&P Global Ratings, Moody’s dan Fitch menilai cara sesebuah negara mengawal kewangan sebelum memberi penarafan kredit. Jika BUDI95 berjalan lancar dan ketirisan dapat ditangani, Malaysia berpeluang mendapat penarafan lebih baik, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan mengukuhkan ringgit.

    Keberkesanan bergantung kepada pelaksanaan

    Kejayaan program ini bergantung pada pelaksanaan yang cekap. Jika berlaku kelemahan yang menjejaskan keyakinan pelabur, negara boleh terkesan. Pemantauan rapi, ketelusan sepanjang proses pelaksanaan dan kemas kini berterusan kepada rakyat menjadi kunci untuk memastikan keberkesanan sistem ini.

    Penggunaan MyKad sebagai platform bantuan bersasar bukan hanya inovasi untuk subsidi petrol, malah menjadi peluang jangka panjang untuk mewujudkan ekosistem bantuan kerajaan yang lebih cekap.

    MyKad berpotensi menjadi asas kepada pelbagai program bantuan masa depan tanpa memerlukan rakyat melalui prosedur yang sukar. Hanya dengan satu sentuhan, ia mampu mengesahkan identiti dan menyalurkan bantuan terus kepada penerima yang layak.

    Jika berjalan lancar, MyKad menjadi contoh bagaimana teknologi dan dasar kerajaan dapat membantu rakyat tanpa menjejaskan kekukuhan ekonomi. -RELEVAN

    Previous ArticleMakanan yang sebabkan anda tidak dapat tidur nyenyak
    Next Article Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.