Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cikgu marah bukan kerana benci

    Cikgu marah bukan kerana benci

    By Umi FatehahAugust 13, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cikgu marah bukan kerana benci. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    “ADAM, markah Matematik awak makin teruk. Cikgu perasan sejak dua ujian lepas. Awak buat ulangkaji atau tidak?” tembak Cikgu Laila sambil memandang tepat ke arah pelajarnya itu.

    Adam tertunduk. Dalam hati, dia terasa. “Asyik aku sahaja kena tegur. Cikgu memang tak suka aku agaknya.”

    Perasaan macam ni biasa muncul bila kita ditegur. Kita cepat terasa hati dan fikir cikgu benci atau pilih kasih. Tetapi bukan itu hakikat sebenarnya.

    Tegur tanda prihatin

    Sebenarnya, kalau cikgu tidak peduli langsung bila kita buat salah, itu sebenarnya lebih menakutkan. Maksudnya, cikgu sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku kepada kita.

    Sebaliknya, bila cikgu marah atau menegur, itu tandanya mereka masih kisah. Mereka nampak potensi kita dan tidak mahu pelajarnya terus mengulang kesilapan yang sama. Seperti ibu ayah yang marah bila kita langgar peraturan di rumah. Marah bukan kerana benci tetapi sebab sayang dan risau.

    Teguran itu sebenarnya satu bentuk perhatian. Kalau cikgu tidak yakin kita boleh jadi lebih baik, mereka takkan susah payah menegur atau cuba untuk memberi kesedaran.

    Tegas, bukan benci

    Setiap cikgu ada perwatakan dan cara mengajar yang tersendiri. Ada cikgu yang suaranya lantang, ada juga jenis tegas dan serius diselit gurauan.

    Bila kena marah dengan cikgu yang garang dalam kelas, reaksi normal ialah rasa malu, sedih atau tercabar. Tetapi cuba kita lihat dari sudut lain. Teguran itu mungkin penting untuk hentikan satu tabiat buruk sebelum ia jadi kebiasaan.

    Contohnya, kalau seorang pelajar selalu meniru kerja rumah dan cikgunya membiarkan tanpa teguran, pelajar itu mungkin fikir perbuatannya betul. Tetapi kalau ditegur dengan nada tegas, sekurang-kurangnya dia akan berfikir dua kali sebelum mengulangi kesalahan yang sama.

    Mungkin anda terdetik, kerja yang diberikan sudah disiapkan jadi kenapa saya dimarahi?

    Ia sebenarnya bukan tentang kerja sekolah dapat disiapkan atau tidak tetapi jika sekadar meniru sahaja, anda tidak dapat menyerap ilmu yang diajar dengan baik. Hal ini kerana ketika meniru kerja sekolah rakan, anda tidak berfikir dan hanya menyalin semula.

    Belajar terima teguran dengan terbuka

    Sudah menjadi sifat manusia dilahirkan dengan ego dan harga diri. Ada beberapa ketika, tidak mudah untuk terima teguran lebih-lebih lagi jika merasakan kita tidak salah sepenuhnya. Tetapi ia merupakan antara cabaran untuk jadi pelajar yang matang. Kita tidak perlu terus membenci keadaan, guru atau punca dimarah tetapi belajar untuk mendengar dahulu.

    Cuba tanyakan kepada diri sendiri. Apa sebenarnya yang cikgu cuba sampaikan? Adakah teguran itu ada kebenarannya? Kalau betul, apa yang boleh aku ubah selepas ni?

    Kita semua sedang membentuk diri untuk jadi insan yang lebih baik. Terima teguran dengan hati terbuka adalah sebahagian daripada proses itu.

    Kalau tidak selesa, luahkan dengan hormat

    Kalau betul kita rasa cara teguran itu menyakitkan atau memalukan, kita pun ada hak untuk bersuara. Tetapi jangan melawan secara kasar atau merungut di media sosial. Sebaliknya, cari ruang perbualan yang matang.

    Contohnya, “Cikgu, saya faham saya buat salah. Tetapi saya sedih bila cikgu tegur saya depan semua orang. Saya rasa malu.”

    Luahan jujur yang disampaikan dengan sopan boleh membina hubungan yang lebih baik antara pelajar dan guru. Sebenarnya, ramai cikgu yang bersedia untuk mendengar luahan pelajar asalkan perkara itu dibincangkan secara beradab.

    Mereka seorang ibu dan bapa di rumah. Mereka juga biasa mengendali perangai dan kerenah pelajar yang bermacam jenis. Mereka juga manusia dan mempunyai hati yang ikhlas ketika mengajar.

    Tidak ada seorang pun guru yang dengan sengaja marah pelajarnya sekiranya mereka tidak melakukan salah. Tugas guru di sekolah ialah untuk mendidik bukan sahaja dari segi pelajaran tetapi juga jati diri pelajar.

    Jadi, setiap teguran atau marah mereka hadir dengan niat yang baik. Sebagai pelajar, kita perlu sedar akan kesalahan yang telah dilakukan. Hargailah setiap usaha cikgu dalam mendidik dan membentuk diri kita menjadi insan yang lebih baik. – RELEVAN

    cikgu featured pelajar Utusan Pelajar

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.