Facebook Twitter
    Trending
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

    Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

    By Umi FatehahJuly 29, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat? - GAMBAR HIASAN COTTONBRP/PEXELS

    SETIAP kali berbual dengan rakan atau keluarga, pasti ada yang mengeluh penat bekerja. Ada yang kata gaji kecil buat mereka tertekan. Ada pula yang rasa hidup semakin kosong walaupun duit makin banyak. Kelihatannya, ramai yang terperangkap antara dua keadaan: tiada duit atau tiada masa.

    Pernahkah anda terfikir, mana satu sebenarnya lebih melelahkan? Miskin masa atau miskin duit?

    Apabila duit tidak pernah cukup

    Tidak dinafikan, hidup tanpa duit yang cukup memang memenatkan. Semua perkara terasa terbatas. Hendak makan sedap, perlu fikir dua tiga kali dahulu. Mahu pulang ke kampung, kena kira kos tol dan minyak dahulu. Malah, ada yang terpaksa tangguh rawatan kesihatan atau ubat penting kerana gaji hanya cukup-cukup makan.

    Ramai yang mengalami tekanan emosi apabila sentiasa perlu berkira tentang duit. Ada rasa rendah diri apabila tidak mampu ikut kawan makan di kafe mahal. Ada juga rasa takut sekiranya tiba-tiba kereta rosak atau anak sakit kerana tiada simpanan untuk menampung kecemasan.

    Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan mental. Hidup dibayangi kebimbangan setiap hari. Akhirnya, ramai yang berazam mahu keluar daripada ‘miskin duit’ dengan bekerja lebih keras.

    Duit bertambah, masa tidak pernah cukup

    Namun, ketika sudah dapat peluang kerja lebih masa atau dua tiga pekerjaan sekali gus, muncul pula dilema lain. Duit memang bertambah tetapi masa untuk diri sendiri pula hilang.

    Kerja lebih masa memang menambah pendapatan tetapi dalam masa yang sama, masa untuk diri sendiri semakin hilang. 

    Keluar rumah sebelum matahari terbit, pulang pula selepas matahari terbenam. Sampai di rumah hanya sempat mandi, makan dan tidur. 

    Hari cuti yang sepatutnya digunakan untuk berehat pula dihabiskan dengan mencari pendapatan sampingan seperti menjadi pemandu e-hailing atau mengambil upah penghantaran barang demi menampung perbelanjaan harian.

    Lama-kelamaan, tubuh mula rasa letih yang tidak pernah hilang. Hubungan dengan keluarga atau pasangan mula renggang kerana tiada masa untuk berbual mesra atau keluar bersama. 

    Diri sendiri pun semakin terabai, makan tidak teratur, tidur tidak cukup, tiada masa bersenam atau berehat.

    Miskin masa melelahkan jiwa dan raga

    Miskin masa bukan sekadar penat fizikal. Ia membuatkan kita hilang rasa hidup. Mungkin perkara ini jarang didengari tetapi ada juga golongan gila kerja mengadu, “Aku ada duit tapi tiada masa nak guna duit itu.” 

    Bahkan, ramai yang akhirnya jatuh sakit. Badan yang letih mudah terkena penyakit. Stres kerana beban kerja pula boleh membawa kepada tekanan perasaan. Ketika itu, duit yang dikumpul habis untuk bayar ubat dan rawatan hospital.

    Mana lebih penting, masa atau duit?

    Soalan ini tiada jawapan tetap. Hakikatnya, kedua-duanya penting. Tanpa duit yang cukup, hidup penuh kegelisahan. Tanpa masa yang cukup, hidup terasa sia-sia.

    Namun, kita boleh mencari keseimbangan. Tidak salah bekerja keras untuk tambah pendapatan tetapi jangan sampai menafikan hak diri untuk berehat dan menikmati hidup. Wang boleh dicari tetapi masa yang berlalu tidak akan kembali.

    Jika anda sudah bekerja keras dan cukup makan, mulakan langkah untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak. Kurangkan hutang, kawal perbelanjaan sia-sia dan buat simpanan secara konsisten walaupun sedikit. Lama-kelamaan, keperluan bekerja lebih masa akan berkurang.

    Sebaliknya, jika anda mempunyai masa tetapi tidak cukup duit, gunakan masa itu untuk menambah nilai diri. Belajar kemahiran baharu yang boleh meningkatkan peluang kerjaya atau membuka jalan untuk berniaga kecil-kecilan mengikut masa lapang anda. Ini lebih baik daripada membiarkan masa berlalu tanpa usaha memperbaiki hidup.

    Hidup perlu seimbang

    Dalam dunia hari ini, miskin masa dan miskin duit sama-sama melelahkan. Namun, hidup yang seimbang akan memberikan kebahagiaan sebenar. 

    Bekerjalah secukupnya untuk memenuhi keperluan dan sedikit kehendak tetapi jangan lupa rehatkan badan dan jiwa. Masa bersama keluarga, masa untuk diri sendiri, masa untuk berehat dan beribadah semua itu adalah rezeki yang tidak ternilai. – RELEVAN

    Previous Article6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim
    Next Article Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial

    Artikel berkaitan

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.