Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi

    Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi

    By Umi FatehahJuly 22, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi. - GAMBAR HIASAN CAROLINE IM/UNSPLASH

    RAMAI yang berusaha menjaga kesihatan badan sebaik mungkin. Setiap hari, kita pastikan makan makanan berkhasiat, minum air kosong dan ada juga yang rajin bersenam untuk kekal cergas. 

    Tetapi dalam usaha menjaga kesihatan diri, kadangkala kita terlupa tentang satu bahagian penting iaitu kesihatan gigi dan mulut.

    Ramai menganggap gosok gigi dua kali sehari sudah memadai. Ada yang hanya akan ke klinik gigi bila gigi sakit atau berlubang. Sedangkan, menjaga gigi bukan sekadar untuk mengelak sakit gigi atau nafas berbau tetapi juga untuk memastikan kesihatan keseluruhan tubuh sentiasa baik.

    Jadi, bila kali terakhir anda pergi jumpa doktor gigi untuk buat scaling atau cuci gigi? Jika tahun ini masih belum, mungkin sudah tiba masanya untuk anda buat temu janji secepat mungkin.

    Apa itu scaling?

    Scaling atau cuci gigi ialah prosedur membersihkan plak dan karang gigi yang melekat pada permukaan gigi, terutamanya di kawasan susah dicapai oleh berus gigi. 

    Plak pula ialah lapisan lembut daripada sisa makanan dan bakteria. Jika plak tidak dibersihkan dengan betul setiap hari, ia akan mengeras menjadi karang gigi.

    Karang gigi inilah yang menyebabkan gigi kelihatan kuning di bahagian gusi dan ia tidak boleh dibersihkan hanya dengan berus gigi biasa. Hanya doktor gigi yang boleh membuang karang gigi menggunakan alat scaling khas.

    Kenapa perlu scaling setiap 6 bulan?

    Ramai tertanya-tanya, perlu ke scaling setiap enam bulan? Bukankah gosok gigi dua kali sehari sudah cukup?

    Hakikatnya, walaupun kita berus gigi dengan teknik yang betul dan menggunakan ubat gigi berfluorida, tetap akan ada kawasan yang tidak dibersihkan sepenuhnya seperti di celah gigi atau bahagian belakang gigi geraham. Lama-kelamaan, plak akan terbentuk di kawasan ini dan mengeras menjadi karang gigi.

    Scaling setiap enam bulan penting kerana ia membantu:

    • Mencegah penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis yang boleh menyebabkan gusi bengkak, berdarah, berbau dan gigi goyang jika tidak dirawat.
    • Mengelakkan gigi berlubang kerana karang gigi menyimpan bakteria yang menghasilkan asid dan merosakkan lapisan enamel.
    • Mengurangkan masalah nafas berbau kerana plak dan karang gigi adalah punca utama mulut berbau walaupun anda kerap mengunyah gula-gula atau berkumur.
    • Menjadikan gigi lebih bersih dan putih sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap dan tersenyum.

    Kesan jika tidak melakukan scaling

    Jika scaling tidak dilakukan untuk tempoh lama, karang gigi akan terus menebal dan menolak gusi ke bawah. 

    Lama-kelamaan, gusi akan turun (gum recession) dan mendedahkan akar gigi. Ini menyebabkan gigi menjadi sensitif dan mudah sakit apabila minum air sejuk atau panas. Malah, dalam kes yang lebih teruk, gigi boleh menjadi longgar dan terpaksa dicabut.

    Selain itu, bakteria daripada penyakit gusi boleh memasuki saluran darah dan meningkatkan risiko masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung dan kesukaran mengawal diabetes.

    Ramai elak scaling kerana kos tinggi

    Salah satu sebab ramai orang tidak membuat scaling secara berkala adalah kerana kos rawatannya di klinik swasta agak mahal. Harga scaling di klinik pergigian swasta biasanya bermula sekitar RM80 hingga RM150, malah ada yang mencecah RM200 bergantung kepada tahap karang gigi dan lokasi klinik tersebut.

    Bagi mereka yang mempunyai pendapatan sederhana atau pelajar, jumlah ini dianggap membebankan. Akibatnya, ramai yang menangguh atau langsung tidak membuat scaling selama bertahun-tahun, tanpa sedar ia boleh menjejaskan kesihatan gigi dan gusi dalam jangka masa panjang.

    Sebenarnya, anda boleh membuat scaling di klinik pergigian kerajaan dengan bayaran yang jauh lebih murah. Berikut langkah mudah untuk membuat temu janji:

    1. Cari klinik pergigian kerajaan berdekatan

    Anda boleh semak senarai klinik pergigian kerajaan melalui laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Google Maps dengan menaip ‘klinik pergigian kerajaan’.

    1. Hubungi untuk buat temu janji

    Kebanyakan klinik menerima pesakit walk-in tetapi disarankan untuk menelefon terlebih dahulu bagi memastikan tarikh dan masa tersedia. Ada klinik yang menawarkan sistem temu janji dalam talian melalui aplikasi MySejahtera atau portal KKM negeri masing-masing.

    Dari segi kos pula, Kos scaling di klinik pergigian kerajaan adalah sangat berpatutan. Untuk warganegara dewasa, kos pembayaran sekitar RM2 hingga RM5 sahaja untuk rawatan asas seperti pemeriksaan, scaling dan nasihat penjagaan gigi.

    Untuk pelajar sekolah atau IPTA pula, kebiasannya percuma jika ada program lawatan pergigian sekolah atau melalui klinik pergigian kerajaan universiti. Untuk bukan warganegara, bayaran lebih tinggi dikenakan mengikut kadar ditetapkan KKM.

    Namun, jika scaling melibatkan rawatan lanjut seperti penstabilan gigi longgar atau prosedur periodontal yang lebih kompleks, kosnya mungkin lebih tinggi tetapi masih jauh lebih rendah berbanding klinik swasta. – RELEVAN

    featured gigi kesihatan scaling

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.