Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Manfaat matcha berbanding kopi yang ramai tak tahu

    Manfaat matcha berbanding kopi yang ramai tak tahu

    By Umi FatehahJuly 22, 2025Updated:July 22, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Minum matcha lebih baik berbanding kopi? - GAMBAR HIASAN NASTIA PERUK/UNSPLASH

    MATCHA kini bukan lagi sekadar minuman tradisional Jepun. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, matcha mula mendapat tempat di hati ramai orang di seluruh dunia termasuk Malaysia. 

    Sama ada dalam bentuk matcha latte panas, matcha frappe sejuk atau digabungkan dengan susu oat dan pelbagai campuran lain, matcha dilihat sebagai alternatif minuman sihat yang memberi tenaga dengan cara lebih lembut berbanding kopi.

    Ramai yang memilih matcha kerana percaya ia lebih baik untuk kesihatan berbanding kopi. Ada yang mendakwa matcha memberi rasa fokus yang tenang, tidak seperti kopi yang kadangkala menyebabkan jantung berdebar dan tangan menggeletar. 

    Namun, sejauh manakah kebenaran ini? Benarkah matcha lebih baik daripada kopi atau kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri?

    Apa itu matcha?

    Matcha ialah serbuk teh hijau yang berasal daripada Jepun. Ia diperbuat daripada daun teh hijau berkualiti tinggi yang dikeringkan, kemudian digiling halus menjadi serbuk. 

    Berbeza dengan teh hijau biasa yang hanya direndam dalam air panas sebelum daunnya dibuang, matcha dihasilkan untuk diminum bersama serbuknya sekali. Disebabkan itu, setiap cawan matcha membekalkan kandungan nutrisi yang lebih tinggi kerana kita mengambil keseluruhan khasiat daun teh hijau tanpa ada yang tersisa.

    Dalam satu cawan matcha, anda akan mendapat antioksidan yang tinggi terutama catechins seperti EGCG (epigallocatechin gallate) yang dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan seperti mengurangkan keradangan dalam badan, membantu menurunkan kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung.

    Bagaimana pula dengan kopi?

    Kopi pula dihasilkan daripada biji kopi yang dibakar dan dikisar, kemudian direndam atau diekstrak untuk menghasilkan minuman. 

    Kopi terkenal dengan kandungan kafeinnya yang tinggi, menjadikannya pilihan utama ramai orang untuk menghilangkan rasa mengantuk, memberi tenaga dan meningkatkan fokus kerja seharian.

    Selain kafein, kopi juga mengandungi antioksidan. Malah, dalam beberapa kajian, kopi menunjukkan kandungan antioksidan yang tinggi setara atau lebih tinggi berbanding banyak jenis teh. Kopi juga dikaitkan dengan manfaat kesihatan seperti mengurangkan risiko diabetes jenis 2, Parkinson dan masalah hati seperti sirosis.

    Perbandingan kafein

    Jika anda ingin mengurangkan pengambilan kafein, matcha mungkin pilihan lebih baik. Secawan matcha (1 gram serbuk matcha + 60-100ml air) mengandungi sekitar 30-70mg kafein, bergantung kepada jenis dan kuantiti matcha digunakan.

    Sebaliknya, secawan kopi biasa (240ml) mengandungi sekitar 95-120mg kafein, malah ada sesetengah jenis kopi pekat seperti espresso yang mengandungi lebih banyak kafein dalam saiz kecil.

    Walaupun matcha mengandungi kafein, ia juga mengandungi L-theanine iaitu sejenis asid amino yang membantu menenangkan otak dan mengurangkan kesan sampingan kafein seperti jantung berdebar atau rasa gelisah. Inilah sebab ramai peminum matcha berasa lebih tenang dan fokus berbanding rasa tenaga mendadak yang diperoleh daripada kopi.

    Bagaimana dengan kesan sampingan?

    Walaupun kedua-duanya mempunyai manfaat, risiko tetap wujud jika diambil secara berlebihan. Kopi yang diminum terlalu banyak boleh menyebabkan:

    • Jantung berdebar
    • Rasa gelisah atau cemas
    • Gangguan tidur jika diminum lewat petang atau malam
    • Masalah asid refluks bagi mereka yang sensitif

    Manakala matcha, jika diminum terlalu banyak (melebihi 3-4 cawan sehari), juga boleh memberi kesan kepada hati kerana kandungan catechins yang terlalu tinggi boleh membebankan fungsi hati.

    Selain itu, matcha latte atau matcha frappe yang dijual di kedai minuman sering dicampur dengan susu penuh krim dan gula yang banyak, menyebabkan kalorinya boleh setara atau lebih tinggi daripada minuman kopi manis seperti caramel macchiato.

    Matcha tidak menguningkan gigi seperti kopi

    Selain kandungan kafein dan antioksidan, ramai yang memilih matcha kerana ia tidak mudah meninggalkan kesan kuning pada gigi seperti kopi. Kopi mengandungi tannins yang tinggi iaitu sejenis sebatian polifenol yang boleh melekat pada enamel gigi dan menyebabkan perubahan warna jika diminum secara kerap tanpa penjagaan kebersihan mulut yang baik.

    Matcha juga mengandungi tannins tetapi pada kadar lebih rendah berbanding kopi. Selain itu, warnanya yang hijau tidak menyebabkan stain kekuningan pada gigi seperti kopi atau teh hitam. 

    Namun begitu, ini tidak bermakna matcha langsung tidak memberi kesan. Jika diminum berlebihan dan kebersihan gigi diabaikan, ia masih boleh meninggalkan kesan kehijauan atau kekuningan halus pada permukaan gigi.

    Untuk mengekalkan senyuman putih berseri, pastikan anda berkumur atau minum air kosong selepas menikmati matcha atau kopi dan gosok gigi seperti biasa setiap hari.

    Sebenarnya, tiada jawapan mutlak yang mengatakan matcha lebih baik daripada kopi atau sebaliknya. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Matcha memberi tenaga yang lebih stabil dan tenang kerana kandungan L-theanine yang menenangkan, manakala kopi memberi tenaga yang lebih cepat dan meningkatkan fokus dengan lebih ketara.

    Pilihan terbaik bergantung kepada keperluan harian anda. Jika anda mahu rasa segar mendadak untuk menghadapi pagi yang sibuk, kopi mungkin lebih sesuai. Jika anda mahu tenaga berpanjangan tanpa rasa gelisah, matcha boleh menjadi pilihan.

    Paling penting, elakkan mengambil kedua-duanya secara berlebihan dan pastikan anda minum air kosong secukupnya sepanjang hari. Pilih juga versi original tanpa gula tambahan atau krimer manis supaya anda benar-benar memperoleh manfaat kesihatan daripada minuman tersebut. – RELEVAN

    Previous ArticleDuit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    Next Article Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.