Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    By Umi FatehahJuly 11, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas! - GAMBAR HIASAN FRANCO ANTONIO/UNSPLASH

    RAMAI  antara kita sudah terbiasa membersihkan telinga dengan putik kapas setiap kali selepas mandi. Ada yang rasa kurang selesa jika telinga tidak dibersihkan betul-betul.

    Namun, pernahkah anda terfikir adakah tabiat ini baik untuk telinga atau hanya menimbulkan masalah lain yang kita sendiri tidak sedar?

    Biasanya kita beranggapan tahi telinga ialah kotoran yang perlu dibuang. Tetapi hakikatnya, telinga kita adalah organ yang sangat pintar. Ia mampu membersihkan dirinya sendiri tanpa bantuan kita. 

    Malangnya, kebiasaan membersihkan telinga dengan cara yang salah sebenarnya boleh membawa bahaya lebih besar daripada apa yang disangkakan.

    Apa fungsi tahi telinga?

    Tahi telinga atau cerumen dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh untuk melindungi telinga. Ia mengandungi bahan antibakteria yang membantu mencegah jangkitan dan bertindak sebagai pelincir semula jadi supaya kulit di saluran telinga tidak kering atau gatal.

    Selain itu, cerumen berfungsi sebagai perangkap habuk dan kotoran bagi menghalang ia daripada terus masuk ke bahagian telinga yang lebih dalam. 

    Menariknya, tahi telinga ini akan bergerak keluar secara semula jadi melalui pergerakan rahang semasa kita bercakap atau mengunyah.

    Bahaya membersihkan telinga dengan putik kapas

    Walaupun ramai menganggap membersihkan telinga dengan putik kapas adalah amalan kebersihan yang baik, hakikatnya perbuatan itu ada buruknya.

    Menurut pakar ENT (telinga, hidung, tekak), Dr. Yu-Tung Wong, putik kapas sebenarnya menolak tahi telinga lebih jauh ke dalam saluran telinga. 

    Ia akan menyebabkan tahi telinga terkumpul sehingga menjadi keras (impacted earwax) . Tahi telinga yang keras pula akan menyekat saluran telinga dan menyebabkan masalah pendengaran.

    Lebih teruk, putik kapas berisiko mencederakan dinding saluran telinga yang sangat sensitif atau menembusi gegendang telinga terutamanya jika digunakan dengan terlalu kuat atau terlalu dalam.

    Bila perlu membersihkan telinga?

    Kebanyakan orang tidak perlu membersihkan bahagian dalam telinga mereka langsung. Apa yang disarankan oleh pakar ialah:

    • Bersihkan bahagian luar telinga sahaja dengan tuala bersih atau kain basah.
    • Elakkan memasukkan sebarang objek ke dalam saluran telinga.
    • Jika anda rasa telinga tersumbat atau pendengaran berkurang, jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan selamat.

    Telinga kita direka untuk membersihkan diri sendiri. Namun, terdapat keadaan tertentu di mana tahi telinga terkumpul terlalu banyak sehingga menyebabkan ketidakselesaan, sakit telinga, bau kurang menyenangkan atau hilang pendengaran sementara.

    Jika salah satu daripada perkara tersebut berlaku, rawatan profesional diperlukan agar keadaan tidak menjadi semakin teruk.

    Bagaimana pula dengan pengorek telinga besi?

    Selain putik kapas, ada juga yang suka menggunakan korek telinga besi. Ramai menganggap ia lebih efektif kerana boleh mengaut tahi telinga dengan mudah dan digunakan berulang kali.

    Namun, doktor pakar ENT juga tidak menggalakkan penggunaannya. Hal ini kerana penggunaan korek telinga besi juga boleh membawa risiko kepada kesihatan telinga. Alat ini berisiko mencederakan saluran telinga yang sempit dan sensitif terutamanya jika digunakan dengan kasar atau dimasukkan terlalu dalam. 

    Selain itu, ia boleh menggaru atau melukakan kulit dalam telinga seterusnya menyebabkan radang atau jangkitan yang dikenali sebagai otitis externa. 

    Sama seperti putik kapas, penggunaan korek telinga besi juga cenderung menolak sebahagian tahi telinga lebih jauh ke dalam saluran telinga. Perkara ini akan menyebabkan saluran telinga tersumbat dan rasa tidak selesa.

    Jika menggunakan pengorek telinga besi, anda juga perlu memastikan ia dibersihkan dan dinyahkuman dengan betul setiap kali selepas digunakan. Jika tidak, bakteria yang melekat pada alat itu boleh menyebabkan jangkitan telinga.

    Alternatif lebih selamat

    Selain berjumpa doktor, ada beberapa rawatan yang biasa dicadangkan untuk melembutkan tahi telinga yang keras seperti:

    • Menggunakan ear drops atau ubat titis telinga (contohnya yang mengandungi sodium bicarbonate atau olive oil).
    • Ear irrigation (irigasi atau pembasuhan telinga) yang dilakukan oleh doktor kesihatan untuk membersihkan saluran telinga dengan air suam bertekanan rendah.

    Walau bagaimanapun, jika anda pernah mengalami masalah gegendang telinga bocor atau pembedahan telinga, elakkan rawatan irigasi tanpa nasihat doktor. – RELEVAN

    Previous ArticleJames Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    Next Article Beli kereta atau rumah dahulu?

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.